Petknode Seksa 290 Kucing Selama Seminggu

Pusat Penjagaan haiwan Petknode di Damansara Damai Petaling Jaya seksa 290 ekor kucing selama seminggu. Petknode sepatutnya menjaga haiwan haiwan yang dihantar kepada mereka di musim perayaan tetapi memandangkan cuti Hari Raya mereka sanggup membiarkan kucing kucing dalam sangkar tak makan dan minum selama seminggu.

Tawaran sempena raya Petknode letak harga serendah RM3.95 sehari untuk jaga kucing

Kucing ni dah mati

Sembilan ekor kucing ditemui mati dan yang selebihnya dalam keaadaan lemah. Sangat sebak melihat ada ibu dan anak kucing yang mati kelaparan.  Ada jugak kucing kucing yang dikurung dalam sangkar kecil dibiarkan di luar premis dalam keadaan lapar.

Seramai 50 orang pemilik kucing sudah membuat laporan polis terhadap premis Petknode. Selepas itu, polis menyerbu premis berkenaan, sukarelawan turut berada di sana untuk menyelamatkan kucing kuicng yang dikurung.

Ada pemilik yang balik cuti raya ke kampung sanggup membayar RM 560 seminggu, untuk pusat penjagaan haiwan tu menjaga haiwan mereka, namun lain pulak jadinya.

Ibu dan anak kucing ni dah mati

Video : Sukarelawan Selamatkan Kucing di Petknode

Sebak bila tengok video ni, suara suara kucing dan anak anak kucing bagai menangis dan mengadu yang mereka lapar dan dahaga..

ada yang mati kelaparan terseksa.. :(

SANGAT KEJAM KEJAM

Ini mungkin pemilik Petknode ( diakatakan pemilik premis ini melayu)

Cerita di zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang wanita yang mengurung kucingnya tanpa memberi makan dan minum hingga kucing tu mati, kerana perbuatan dia tu, neraka jahanam lah tempatnya.

Mungkin pemilik pusat jagaan haiwan di Petaling Jaya ni, akah dihukum dengan denda wang ringgit di dunia ni di akhirat kelak..dengan tuhan le jawabnya.

Gambar gambar kucing yang masih selamat di premis tu, jika ada pemilik pemilik kucing yang menghantar ke situ sila kenal pasti kucing anda dan buat laporan polis segera.

Presiden Persatuan Kebajikan Haiwan Malaysia Shenaaz Khan berkata, laporan polis yang dibuat oleh orang ramai dan cemuhan arang awam mungkin memberi sikit kesan saja kepada pemilik premis yang tak bertanggungjawab itu. Selepas ini mungkin semua ini akan dilupakan, pemilik ini akan hilang lesen tetapi mampu membuka premis baru di tempat lain apabila kes sudah reda.

Beliau jugak mengkritik Akta Haiwan 1953 yang tidak cukup untuk melindungi haiwan yang didera. Pada masa ni sesiapa yang mendera haiwan akan didenda dengan bayaran RM 200 atau 6 bulan penjara atau kedua-dua sekali.

Mungkin korang tak lupa lagi kes remaja yang memukul anak kucing hingga mati dan dirakamkan di CCtv, remaja tu dikenakan dendan RM 400 saja tetapi tiada hukuman penjara.

Shenaaz membidas kementerian Pertanan dan  Industri Asas Tani yang menyelia Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang sebelum ni berjanji nak menaikkan denda ke RM 50,000 dan penjara 1 tahun, tetapi masih tak menunaikan janji janji tersebut.

Tambahan:
Kepada semua owner kucing² yang boarding di Petknode, sila buat repot polis, tulis surat ke Jabatan Haiwan (DVS), SPCA dan tribunal pengguna kerana penipuan perniagaan oleh mereka.
Sila emelkan juga nama, IC number, no fon dan bilangan kucing yang korang boarding.
Kucing Terbiar & Anjing Jalanan dengan kerjasama MDDB selangor akan cuba dapatkan keadilan undang² untuk kucing² kalian.
http://www.facebook.com/ktaj0311 ( Kucing Terbiar dan Anjing Jalanan)

Sebarkan kepada rakan² yang sama² board kucing di Petknode.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

11 Responses to “Petknode Seksa 290 Kucing Selama Seminggu”

  1. akuzle ayu says:

    aduhai! sgt sedey tgk keadaan kucing2 yg mati tuh. seksa n daif sungguh depa… sobsobsob

  2. [...] aku terbaca di blog Nurizspace tentang Petknode Seksa 290 Kucing Selama Seminggu. Arini pulak aku baca di blog yang sama tentang Pemilik Petknode Minta Maaf. Aku memang tak puas [...]

  3. APAN says:

    baru baca pasal isu ni…sampai mati dorang buat ye.lama tu seminggu….melayu lak tu…
    APAN recently posted..Isu Mat Sabu Dan Pejuang Melayu

    • nurizspace says:

      kita yang puasa 1 hari pun lapar dahaga inikan pulak kucing tak makan tak minum dalam jangka masa yag lama seminggu lebih..boleh kah bayangkan..?

  4. miaomiao says:

    u ke yg ambil gambar2 ni? tahu tak mana bangkai ibu dan anak kucing tu? please bawa ke Dept of Veterinary Services. dieorang nak kumpul bukti utk dakwa penjahat2 petknode ni.

  5. Mary says:

    Hi Nuri. Mohon bantuan mengenai gambar mak kucing dengan anak di atas.
    Sekarang SPCA dan badan2 berkaitan sedang membuat penyisiatan and police will do anything until they see the bodies of the dead cats.

    Jikalau anda tau di mana kah bangkai kucing ini, sila email saya secepat mungkin. This may help to being those 2 bastards to justice. Please let me know. TQVM

  6. usui says:

    perut buncit gedebak jak pemilik petknode tu mau jaga… kicung2 yan ditinggalkan tu dibiar kelaparan tanpa jagaan… kalu sudah tau tidak mampu menjaga makhluk lain, jangan buat jadah!!! RM560 sebulan??? bayangkan kalu ada seploh pemilik kicung yan hantar kicung2nya utk jagaan… mereka sudah untung RM5600!!! takkan tidak mampu mau mengupah org utk menjaga, kalu tidak cukup tangan??????? raya sakan tuuu

  7. rokiah says:

    apa kata kita try buat mcm tu kat pemilik kedai tu tgk berapa hari die boleh tahan lapar dan dahaga..

  8. aku sayang kucing2 aku.. says:

    letak kt tempt awam jek penjahat2 tu…
    pstu biar org awam blg batu…
    kalo x reti bisnes jgn la bisnes…
    bangang ke ape…
    kucing tu kesayangan Rasulullah..
    keji lg hina penjahat2 nih…
    lg hina dr anjin ngn bab…

    mintak maap le kt bangkai2 kucing tu…
    wat pe mintk maap kt owner nye….

    wei geram aku nih…………………………..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold