Persiapan Perkahwinan Memey dan Norman + Video Temubual

Pasti tenaga kerja dan para penaja sudah semakin sibuk membuat persiapan perkahwinan Memey dan Norman yang semakin hampir ni..dah tak lama lagi. Norman 35 tahun, dan Memey 23 tahun akan dinikahkan pada 24hb September dan majlis resepsi ialah pada  25 hb september di Kota Tinggi Johor.
Selepas itu akan diadakan majlis besar besaran di Kuala Lumpur yang bernilai RM 12 juta. Majlis dibuat di Plaza Crownze pada 28 hb Sept.

Baju Pengantin Memey bernilai RM 7.2 juta.

Pasti ramai jugak nak tahu siapakah agaknya pereka baju pengantin Memey Suhaiza dan Norman, orang dah taja juta juta kan
pasti persalinan pun gah jugak. Mana taknya,

10 FAKTA menarik pasal Majlis Resepsi Memey & Norman
2 baju persalinan pengantin Memey bernilai RM500,000 setiap satu ditaja oleh Rafflesia untuk majlis persandingan.
2 set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu. Setiap set ada anting anting, gelang tangan , cincin dan tiara.
2 pasang kasut rekaan Jimmy Choo, bertatahkan berlian. Setiap sepasang dianggarkan bernilai RM 300,000.

Baju untuk akad nikah Memey
Pereka fesyen terkenal Ezuwan Ismail menjadi pilihan  untuk mereka busana di hari akad nikah Memey Suhaiza.

Ezuwan menyediakan 2 rekaan untuk dipilih oleh Memey.  Menurut Ezuwan, Memey  inginkan dilihat seperti permaisuri jelita di hari yang paling bersearah buatnya nanti.

Komen Ezuwan
“Sememangnya Memey sering menggayakan pakaian rekaan saya dan saya agak terharu apabila dia telah meminta saya untuk

mereka pakaian di majlis pernikahannya nanti.

“Tak sangka pula, perkahwinan mereka nanti khabarnya akan berlangsung secara besar-besaran kerana pada awalnya, mereka
hanya merancang untuk melangsungkan secara bersederhana. Itu yang membuatkan saya lebih teruja,”

Rekaan pertama ilham Ezuwan bertemakan citarasa English Modern, manakala satu lagi berteraskan Tradisional Melayu.
Istimewanya untuk persalinan English Modern ini, saya menggunakan rekaan baju kurung sebagai ilham yang diserikan
dengan kehadiran kuntuman bunga ros yang akan dihiasi secara melata di atas persalinan itu nanti.
Rekaan keduan Ezuwan juga turut menggunakan tema bunga-bungaan, cuma beza dari segi rekaannya yang dihiasi dengan
labuci. Kedua-dua pakaian itu nanti, Memey akan menggayakannya bersama selendang chifon.

Norman pula memilih untuk memakai baju Melayu teluk belanga.

Baju untuk Majlis Resepsi
Busana pengantin di majlis resepsi Norman dan Memey ialah rekaan dari pereka tak asing lagi Hatta Dolmat. Memey akan
menyarung gaun pengantin yang serba cantik dari hasil kreativiti Hatta.

Lihat gambar gaun pengantin Memey Suhaiza rekaan Hatta Dolmat

Video persiapan perkahwinan Memey dan Norman ( harian metro)

Perkahwinan Norman Memey – Wedding of The Year.
Bagi Norman dia mengganggap perkahwinan mereka tetap sederhana kerana tak menyangka langsung akan ditaja dengan barang2 dan persalinan yang bernilai jutaan ringgit. Norman bagaimana pun tetap bersyukur dengan semua tajaan itu dan mengganggap ianya rezeki dari Allah.

Gambar untuk Berita Harian- Perkahwinan Memey dan Norman

Lagi gambar pra perkahwinan mereka

Gambar Kad Kahwin Memey   & NOrman

Like page AnnasEaskeyPhotography

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Persiapan Perkahwinan Memey dan Norman + Video Temubual”

  1. Pacifista says:

    diorang ni macam tak kisah je dengan kisah khalwat diorang ni.siap sponsor2 lagi.alahai.ntah la…
    Pacifista recently posted..Highlight Bonus Pacifista

  2. aku diam aje. says:

    memey ni ada rupa lisa surihani lah…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold