Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2012

Pengumuman buat adik adik pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR tahun 2011, yang berminat untuk memohon Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2012 boleh mula memohon secara online. Sekarang Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan 63 buah SBP untuk Tingkatan 4, dengan pelbagai kombinansi aliran seperti Aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Agama dan Sains Teknikal.


Pakej Mata Pelajaran SBP: Matapelajaran yang ditawarkan dalam pakej

Aliran Sains Tulen: BM, BI, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Elektif.

Sains Teknikal: BM, BI, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, Fizik dan Kimia.

Sains Sosial: BM, BI, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Prinsip Perakaunan,  Ekonomi Asas, Elektif

Sains Tulen Agama: BM, BI, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al Quran dan Sunnah, Pengajian Syariah

Aliran Agama Ikhtisas: BM, BI, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Pendidikan Al Quran dan Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas.

Permohonan SBP Tingkatan 4 2012:

  • Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2012 perlu mengisi borang secara online di portal permohonan online
  • Borang Permohonan mestilah dicetak dan ditandatangani oleh pemohon dan dihantar ke Pengetua sekolah asal untuk disahkan
  • Pihak sekolah akan menghantar borang yang telah disahkan kepada PPD atau JPN.

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan untuk ke sekolah berasrama penuh Tingkatan 4 2012 ditutup pada 15 Oktober 2011.

Maklumat lanjut:

Sila layari www.moe.gov.my untuk keterangan lanjut

Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan,

Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,

63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan

atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.

Pertanyaan boleh juga dibuat melalui Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my

SEMAKAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 2012 SILA LAYARI LAMAN WEN MOE

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold