Permohonan ke IPTA Sesi November 2011/Februari 2012

Permohonan kemasukan ke IPTA/universiti bagi pengambilan Sesi November 2011 (Semester kedua ) dan Februari 2012 telah dibuka oleh beberapa universiti.

1.Pengambilan ke IPTA Sesi November 2011/ Feb 2012 ini memberi peluang kepada sebilangan pelajar yang gagal memohon semasa pengambilan sesi Jun atau

bagi mereka yang baru saja menamatkan pengajian atau terlepas peluang memohon pada Mei lepas.

2. Secara umumnya, pengambilan sesi Nov 2011 ini adalah untuk pengajian peringkat Diploma dan Asasi. Manakala pengambilan sesi Februari 2012 adalah untuk program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda.


CARA MEMOHON

1. Pengambilan ke IPTA bagi sesi Jun dan Julai diuruskan secara berpusat oleh UPU, KEmenterian Pengajian Tinggi.

2. Pengambilan ke IPTA bagi sesi November 2011 / Februari 2012 atau Semestar 2 Sesi 2011/2012 ini pula diuruskan sendiri oleh universiti yang berkenaan.

3. Oleh itu, semua permohonan hendaklah dibuat melalui Universiti berkenaan. Sila rujuk ke laman web Universiti yang terlibat.

4. Hanya beberapa IPTA sahaja yang ada membuat pengambilan dan tidak semua program pengajian yang ditawarkan.


Pengambilan November 2011 dan Feb 2012


Setakat ini berikut adalah IPTA yang ada membuat pengambilan. Kami memohon kepada pembaca yang mempunyai maklumat mengenai IPTA lain supaya dapat berkongsinya di sini.


Universiti Pendidikan Sultan Idris (USPI)

Program Pengajian UPSI
Sesi NOV 2011

  • Diploma Sains
  • Diploma Muzik
  • Diploma Bahasa Inggeris
  • Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan
  • Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak



Sesi Februari 2012

  • Ijazah Sarjana Muda



Semua program Diploma yang ditawarkan adalah untuk pasaran terbuka dan bukan untuk lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Permohonan UPSI
Sesi November 2011
Permohononan perlu dibuat secara online sahaja mulai 12.00 tengahari 12 September 2011.


Sesi Februari 2012
Permohononan dijangka akan dibuka dalam bulan November 2011


Pemohon perlu membeli nombor BITARA ID bernilai RM 26.00 dari Bank Simpanan Nasional.

Sila layari laman web UPSI



Tarikh tutup permohonan UPSI
Sesi November 2011 – Permohonan akan ditutup pada 26 September 2011.
Sesi Feb 2012 – akan dimaklumkan


Keputusan Permohonan UPSI
Keputusan permohonan kemasukan UPSI boleh disemak di Permohonan Atas Talian UPSI dan Bahagian Akademik UPSI


Maklumat UPSI

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi talian 05 450 6929 / 6030 / 6932 atau emel akademik@upsi.edu.my


Universiti Teknologi Mara UiTM

Program Pengajian UiTM

Sesi NOV 2011

  • Asasi Undang-undang
  • Diploma
  • Profesional

Sesi Feb 2011

  • Ijazah Sarjana Muda



Permohonan ke UiTM

Bagi Sesi November 2011

-Program Asasi Undang-Undang  dan Diploma

atau Program Profesional – CAT, CBA, ACCA, CIMA, CPA, ICSA, CIM, LW222 dan LW601


Syarat Kemasukan:

Semua calon perlu memenuhi syarat am universiti dan syarat khas program pengajian yang berkenaan.


Sila rujuk syarat kemasukan di laman web UiTM


Bagi kemasukan ke UiTM

Sesi Feb 2012

Permohononan dijangka akan dibuka dalam bulan Oktober 2011. Sila rujuk laman web Pengambilan UiTM

dan juga permohonan secara online UiTM. Sila dapatkan nombor PIN sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan UiTM :

Bagi sesi November 2011 ialah pada pada 14 Ogos 2011 lalu kecuali program Profesional dilanjutkan sehingga 30 September 2011.

Tarikh tutup bagi sesi Feb 2012 akan dimaklumkan nanti.

Keputusan Permohonan ke UiTM sila semak Keputusan dan Rayuan Permohonan ke UiTM


Maklumat lanjut:

Sila hubungi talian 03 5544 3164/ 65/ 66/ 74/ 75 atau faks 03 5544 3170 atau emel bpp@salam.uitm.edu.my jika terdapat sebarang pertanyaan.



Universiti Islam Antarabangsa atau  UIAM bagi Sesi Februari 2011

Program pengajian UIAM Sesi Februari – Ijazah Sarjana Muda

Permohonan ke UIAM , boleh rujuk laman web UIAM Admisions and Records Division.


Tarikh tutup permohonan ke UIAM

Permohonan kemasukan sesi Februari 2012 UIAM akan ditutup pada 31 Disember 2011.


Keputusan Permohonan ke UIAM

Sila semak di Keputusan Permohonana Kemasukan UIAM.

Maklumat lanjut:

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi UIAM di talian 03 6196 4000 samb 4043/4048/4045 atau faks 03 6196 4724 atau emel admissions@iiu.edu.my


Senarai Universiti /IPT  lain :

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia http://www.uthm.edu.my

Universiti Teknikal Malaysia Melaka http://www.utem.edu.my

Universiti Sultan Zainal Abidin http://www.unisza.edu.my/

Universiti Malaysia Terengganu http://www.umt.edu.my

Universiti Malaysia Sabah http://www.ums.edu.my

Universiti Malaysia Pahang http://www.ump.edu.my

Universiti Kebangsaan Malaysia http://www.ukm.my

Universiti Malaysia Kelantan http://www.umk.edu.my

Universiti Malaya http://www.um.edu.my

Universiti Putra Malaysia http://www.akademik.upm.edu.my/

Universiti Sains Islam Malaysia http://www.usim.edu.my

Universiti Malaysia Perlis http://www.unimap.edu.my

Universiti Sains Malaysia http://www.usm.my

Universiti Teknologi Malaysia http://www.utm.my

Universiti Utara Malaysia http://www.uum.edu.my

Universiti Malaysia Sarawak http://www.unimas.my

Unversiti Islam Antarabangsa Malaysia http://www.iium.edu.my

Universiti Pertahanan Nasional  Malaysia  http://www.upnm.edu.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold