Permohonan Biasiswa Politeknik JPA 2011

Jabatan Perkhidmatan Awam telah membuka tawaran permohonan Biasiswa Politeknik untuk tahun 2011, bagi para pelajar yang berada di pengajian peringkat Diploma di Politeknik, anda dipelawa memohon. Hingga Julai 2011, terdapat 54 program peringkat Diploma dan 4 program peringkat diploma lanjutan di 27 Politeknik seluruh negara. Kira kira 88,000 pelajar sedang mengikuti pengajian di Politeknik KPT.

Syarat Permohonan

Setakat ini tiada syarat permohonan untuk tawaran permohonan biasiswa politeknik 2011 di website JPA.

Permohonan:

1. Anda boleh membuat permohonan di laman web Permohonan Biasiswa Politeknik JPA

2.Pemohon perlu mendaftar di laman web http://esilav2.jpa.gov.my bagi mendapat kata laluan percuma

3.Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambilkira sebagai penerimaan permohonan.

4.Permohonan melalui pos tidak dilayan

5.  Salinan sijil-sijil tidak diperlukan kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2011”.

6. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2011” sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Tarikh tutup permohonan Biasiswa Politeknik JPA ialah pada 15 September 2011.

Pertanyaan:

1. Sebarang masalah teknikal semasa mendaftar atau mengisi borang permohonan dan sebarang pertanyaan mengenai program tajaan ini boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8885 3541, 03 8885 3552 atau e-mail kepada esila@jpa.gov.my.

2. Maklumat lanjut berkenaan biasiswa ini boleh juga diperolehi di laman web http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold