Penjelasan Marsha – Nafi Tertekan Akibat Cinta

Penyanyi Marsha Londoh yang sudah sihat hadir ke sidang media bersama kakaknya dan pengurus untuk memberikan penjelasan berkenaan kes dia pengsan dan dikatakan telan 30 biji pil. Doktor menasihatkan Marsha supaya berehat dulu, sebab tu le dia diam selama 2 minggu sebelum menemui pihak media.

Marsha terkejut membaca laporan media tentang dia menelan pil kerana tertekan. Ubat yang dia makan hanyalah preskripsi yang dibenarkan oleh doktor bagi merawat tekanan darah rendah.

Apabila ditanya mengenai apa yang berlaku pada malam sebelum kejadian, Marsha mengaku yang dia ada menghadiri satu parti anjuran teman-temannya. Namun menafikan berlakunya pergaduhan pada malam tersebut.

Jelas Marsha

“Memang saya mengaku saya ada menghadiri jamuan tersebut tetapi ia bukannya pada malam sebelum kejadian. Ia berlangsung dua malam sebelum kejadian itu. Saya menafikan berlakunya pergaduhan pada malam tersebut. Saya tidak bergaduh dengan sesiapa.”

Akibat insiden yang tidak dijangkakan ini, saya telah dilemparkan dengan pelbagai tohmahan dan dakwaan yang menjejaskan reputasi saya.

Begitu juga dengan dakwaan bahawa saya cuba membunuh diri. Itu memang jauh dari nilai diri saya. Seperti semua orang tahu, saya datang dari keluarga yang mempunyai pegangan agaman Kristian yang kuar. Keluarga dan teman yang rapat dengan saya sentiasa menyokong saya. Jadi tak pernah terlintas pun dalam fikiran saya untuk bertindak demikian kerana saya tidak mahu mengecewakan mereka di sekeliling saya.

Marsha mengaku putus cinta sebelum kejadian tu

“Kalau nak bercerita tentang tekanan saya telah melalui pelbagai masalah, malah ada yang lebih teruk. Ini tiada apa pun. Hubungan cinta ini hanya berlangsung dalam tempoh yang sekejap saja iaitu dua tahun dan saya boleh melupakannya saja. Tidak timbul soal untuk sehingga mahu membunuh diri. Saya kini sudah pun moving on. Tiada apa dah.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Penjelasan Marsha – Nafi Tertekan Akibat Cinta”

  1. Juan says:

    semoga apa yg dikatakan itu benar, teruskan berkerja marsha, suka tgk dia berlakon, hehehe

  2. Pacifista says:

    sian aku tengok awek aku sorang ni… :p
    Pacifista recently posted..Highlight Bonus Pacifista

  3. yas says:

    Jgn sia2kan hidup sendiri dgn mengenang perkara yg lepas…
    yas recently posted..Zombie mat salleh yang meraban

  4. akubiomed says:

    Kalau sudah memasuki dunia artis bersedialah segala yang manis dan pahitnya
    akubiomed recently posted..Cabaran Blogger | Kereta lumba kertas

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold