Pencuri Masuk Rumah Kamal Adli

Rumah keluarg pelakon Kamal Adli dipecah masuk oleh pencuri, menurut Kamal Adli, pencuri tu dilakukan oleh orang dikenali keluarga mereka kerana barang barang yang diambil tu berada di tempat tertentu di dalam rumah mereka. Oh gitu pulak, jadi tak berselerak kot barang dalam rumah tu, senang je dicapai.

Cerita Kamal Adli:

“Saya masih lagi dalam keadaan pelik dan hairan kerana pencuri tersebut memasuki rumah saya melalui pintu depan dan mengambil barang-barang komunikasi dan elektronik seperti beberapa telefon bimbit, kamera, Ipad 2, Galaksi tab dan wang tunai.

“Padahal Ipad 2 yang baru dibeli oleh adik saya itu diletakkan di tempat tertentu, saya mengesyaki pencuri tersebut orang yang pernah masuk rumah saya,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Menurut Kamal anggaran kerugian yang dialami bernilai lebih RM10,000.

Tambahnya, lebih menghairankan apabila tiada seorang pun daripada ahli keluarganya menyedari kejadian tersebut walaupun abangnya baru sahaja pulang ke rumah kira-kira 4 pagi.

“Pencuri itu masuk melalui bahagian depan rumah dengan memecahkan pengunci dan pintu sebelum menyelongkar semua barang-barang yang ada di tingkat bawah rumah mereka.

“Saya pelik kenapa tiada yang sedar kejadian itu kerana abang saya pulang ke rumah pukul 4 pagi dan mereka baru sahaja tidur. Llagi pula kesemua adik beradik saya ada di rumah ketika itu,” jelasnya yang ketika itu berada di rumahnya di Ampang.

Tambah Kamal, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bangi sejurus menyedari kejadian tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold