Pelancaran 2 Model Baru Myvi SE 1.5 dan Myvi Extreme

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) telah melancarkan dua model baru, Myvi SE 1.5 dan Myvi Extreme yang menggabungkan gaya, keselesaan dan kuasa.

Harga model baru Myvi SE  dan Myvi Extreme antara RM50,900 dan RM61,700 mengikut spesifikasi, kedua-dua varian itu didatangkan dengan pilihan transmisi manual atau automatik.

Dikuasi enjin 1.5 liter DOHC, 16V DVVT, mampu memberikan kuasa sehingga 76kW pada 6,000rpm dan mengeluarkan kuasa torque maksimum 136Nm pada 4400rpm.

Warna perodua model baru Myvi SE 1.5  ini didatangkan dengan 5 warna metalik iaitu

kuning (Majestic Yellow Solid),

putih (Ivory white Solid),

ungu(Mystical Purple Metallic),

hitam (Ebony Black metallic ) dan perak berkilat.

Warna  Myvi Extreme hanya didatangkan dengan 4  warna metalik iaitu kuning (Majestic Yellow Solid), putih(Ivory white) dan hitam (Ebony Black).  Boleh tengok gambar kat bawah.

Beza Myvi SE dan Extreme

Myvi SE sama jugak dengan Myvi Extreme cuma bezanya Extreme ditambah dengan bodykit yang agak lebih lagi( dah nama pun extreme kan) . Bezanya korang boleh tengok antara Myvi SE dgn Extreme ialah kat depan bibir kelabu tu dah hilang. (GAMBAR)


Myvi Extreme (yang warna putih) mudah dikenal pasti melalui bibir bumper kelabu, fog lamps housing yang kurang.




Di belakang Extreme ada bumper yg unik, spoiler yang lebih elaborate dan pemegang pintu ada krom.

Myvi SE dan Extreme dikuasakan oleh enjin 1.5-liter twin-cam dengan DVVT.

Lebih ringan daripada sedan, Perodua SE mengalahkan Suzuki Swift, Vios dan Persona.

Kedua-dua SE dan Extreme mempunyai satu kotak gear automatik dengan empat kelajuan dan gear  manual dengan  lima kelajuan.


Penggunaan bahan api:  Perodua menggunakan hanya 15.9 km per liter  (manual) dan 12.9 km perliter untuk gear auto.

Interior Myvi Extreme semua tempat duduk adalah hitam , butang stereng yang standard.

Harga:

Myvi SE  dan Myvi Extreme antara RM50,900 dan RM61,700

Harga  RM61, 700 untuk auto Extreme.

Perodua Myvi 1.3  bermula dari harga RM43, 900 dan  RM57, 400 untuk Elegance  auto 1.3.

Interior Myvi  SE

Myvi SE

Perodua Myvi Extreme 1.5 mempunyai beberapa ciri tambahan berbanding dengan Perodua Myvi SE 1.5. Terdapat panel skrin sentuh dgn saiz 6 inci. Tempat duduk kulit dan disediakan pelapik permaidani secara eksklusifnya.

Gambar Myvi SE (kuning) dan Myvi Extreme (putih)

Pandangan belakang Myv SE kuning, dan Extreme (putih)

Artikel berkaitan  Pelancaran Model Myvi baru 1.5 2011

Model Myvi Extreme 2011

[Ads]Samsung Galaxy Tab 10.1 setebal pensel dan seringan cawan

sumber gambar : paultan

Warna Myvi baru

Myvi Extreme 1.5

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Pelancaran 2 Model Baru Myvi SE 1.5 dan Myvi Extreme”

  1. apitss says:

    sangat menarik dan cantik, bodykit lawa

  2. yas says:

    Upss…mmg menarik gak myvi nehh…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold