Noramfaizul Wartawan Malaysia Pertama Terkorban di Somalia

Noramfaizul Mohd Nor 39 tahun ialah wartawan  Malaysia pertama yang terkorban di luar negara semasa membuat liputan. Seramai 38 orang wartawan asing dilaporkan terbunuh ketika membuat liputan krisis di Somalia sejak tahun 1992. Angka itu adalah berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh laman web Jawatankuasa Perlindungan Wartawan(CJP).

Noramfaizul Mohd Nor

Jumlah 38 orang itu termasuk arwah Noramfaizul yang terkorban di Somalia kerana terkena tembakan semasa membuat liputan bantuan kemanusiaan negara. Beliau ialah jurukamera dan wartawan bagi Bernama TV.

Dalam kejadian itu, Noramfaizul menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk pulang ke hotel penginapan. Beliau telah maut terkena tembakan di bahu sehingga menembusi paru paru dalam satu serangan di Mogadishu Somalia. Sementara itu, seorang lagi jurukamera dari TV3, Aji Saregar Mazlan, 26, pula cedera dalam kejadian tersebut.

sumber : utusan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold