Noramfaizul Terkulai di Bahu Terkena Tembakan Curi

Tiga kenderaan yang salah satunya dinaiki oleh jurukamera TV3 Aji Saregar Mazlan dan jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd. Nor telah diserang hendap dalam perjalanan balik ke hotel. Cerita Aji Saregar, dia mendengar bunyi tembakan sebelum memasuki perkarangan hotel. Kemudian baru sedar yang dia jugak terkena tembakan di bahu kiri. Mereka ke Somalia kerana membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI.

Cerita Aji, saat saat kematian Noramfaizul

Dalam kesakitan Aji memberitahu Noramfaizul yang mereka diserang hendap, tiba -tiba arwah Noramfaizul terkulai di bahunya. Aji melihat bahu arwah berlubang dan dia berada dalam kesakitan yang amat sangat. Tembakan di bahu itu telah menembusi paru paru arwah.

Liputan sekitar pengebumian dan solat jenazah

Video kepulangan jenazah di TUDM

Cerita DR Alwi Abd Rahman Ketua Pasukan Perubatan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab 1 Malaysia

Beliau berkata pada Bernama, peluru yang terkena arwah sangat besar dan menjejaskan organ penting seperti paru paru dan jantung.

“Walaupun pakai vest tapi masih boleh tembus. Peluru itu memasuki grey area… masuk dari armpit dan tembus ke bahu. Selepas terkena tembakan itu dia langsung tidak sedarkan diri.

“Kita beri bantuan pernafasan dan lakukan apa saja untuk menyelamatkan Allahyarham sedaya-upaya, tetapi peluru itu telah menembusi paru-paru dan jantung. Kita juga menerima kerjasama yang baik daripada paramedik Australia.”

Pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan jurukamera tersebut termasuk bantuan awal oleh pasukan paramedik Australia yang berada di hotel penginapan Allahyarham.

Semasa rawatan, Allahyarham langsung tidak memberi sebarang respons dan tidak bergerak, katanya.

“Dia tidak sedarkan diri dan hilang banyak darah. Kita dah sedia nak derma darah jika perlu sebab kita dah kenal pasti jenis darah anggota misi. Peralatan kecemasan yang kita ada di situ pun mencukupi tapi kita memang tidak dapat buat apa-apa,” katanya dalam nada sebak.

Petikan berita dari utusan:

Aji Saregar menceritakan detik-detik cemas itu sebelum menaiki pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Mogadishu untuk pulang ke tanah air bersama jenazah Allahyarham Noramfaizul serta kesemua petugas media dan sukarelawan misi berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang waktu tempatan itu (10.30 malam tadi waktu Malaysia), konvoi tiga kenderaan termasuk sebuah kenderaan tentera kerajaan Somalia ditembak oleh penyerang tidak dikenali kira-kira 200 meter sebelum memasuki hotel berkenaan.

Tembakan yang terkena bahu kanan Noramfaizul itu dilaporkan menembusi paru-parunya dan menyebabkan Allahyarham meninggal dunia ketika dirawat di hospital berdekatan kira-kira pukul 6.07 petang waktu tempatan sementara Aji Saregar hanya cedera di lengan.

Gambar ibu Noramfaizul


Ibu arwah tak dapat menahan kesedihan apabila mengetahui anaknya terkorban dalam serangan tembakan curi di Mogadishu, Somalia.

Gambar anak anak dan isteri Noramfaizul sedang menanti ketibaan jenazah

Isteri Jurukamera Reda Pemergian Suami

Isteri Noramfaizul

Gambar ketika arwah Noramfaizul menerima rawatan

Tahap keselamatan di Somalia

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata kementerian itu telah memberi amaran kepada Putera 1Malaysia Club tentang bahaya misi bantuan kemanusiaan ke Somalia.

Beliau berkata para peserta misi itu juga diberitahu bahawa kementerian itu tidak mempunyai kuasa untuk menghalang sesiapa daripada memberikan bantuan kemanusiaan ke negara-negara yang dilanda peperangan dan juga tidak dapat memberikan apa-apa jenis keselamatan.

Anifah berkata kementeriannya hanya boleh menasihati misi bantuan kemanusiaan tentang apa yang dijangkakan apabila memasuki zon bahaya dan membuat persiapan untuk perjalanan mereka, dokumentasi dan langkah-langkah keselamatan.

Noramfaizul dilindungi 2 insurans

Tersebar di internet berkenaan kabar angin yang arwah tidak dilindungi insurans semasa menjalankan tugas sebagai jurukamera di luar negara. Pengerusi Bernama mengesahkan  yang arwah dilindungi oleh 2 insurans iaitu insurans hayat dan insurans kemalangan diri yang terpakai seluruh dunia.

Selain itu, katanya, Kelab Putra 1Malaysia turut mengambil polisi insurans kelompok kepada kesemua 55 anggota misi bantuan kemanusiaan ke Somalia itu.
Bernama turut menghulurkan segala sokongan dan bantuan yang diperlukan oleh keluarga Allahyarham

p/s: turut simpati membaca kisah dan detik cemas kematian arwah Noramfaizul Mohd Nor. Sungguh besar pengorbanan arwah kepada negara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Noramfaizul Terkulai di Bahu Terkena Tembakan Curi”

  1. awi says:

    Dr alwi pun bongok, kalau pakai baju kalis peluru, setidak tidaknya boleh mngurangkan impact peluru yng masuk tu.
    BAik pakai baju kalis peluru dari tak pakai langsung. Bersedia lebih baik dari tak buat apa2 langsung.
    menegakkan benang yang basah

  2. wan says:

    Datok T pun pakai baju kalis peluru..kelab 1 malaysia tak bagi kat semua org yang pergi pakai baju kalis peluru ke? cuba pegi pinjam kat Dato T tu

  3. saidin says:

    dah sampai ajal naik kete kebal pun leh meninggal

  4. dee2007 says:

    mula mula usaha lepas tu doa dan tawakal
    usaha tu pakai le apa2 baju kalis peluru nak tingkatkan keselamatan baru le berdoa dan tawakal..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold