Wartawan dan jurukamera Bernama TV arwah Noramfaizul Mohd Nor yang maut kerana tembakan curi di Somalia pernah terselamat dari nahas helikopter 13 tahun lepas. Kisahnya, beliau telah digantikan dengan jurukamera lain.
Dalam kejadian yang belaku pada tahun 1997, 2 orang jurukamera Filem Negara dan seorang juruterbang telah terbunuh apabila pesawat Cessna 172 milik MOfaz Air yang bertugas membuat tinjauan udara untuk kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi 1997 terhempas di kawasan belukar berpaya di Kampung Bakau Langkawi.
Liputan ketibaan jenazah dan pengebumian
Video liputan kepulangan jenazah di TUDM
Isteri Jurukamera Bernama TV reda dengan ketentuan Ilahi
Rakan baik arwah Noramfaizul, Mazalan Rafji menceritakan kisah yang tak dapat dilupakan semasa mereka ditugaskan bersama sebagai jurukamera Filem Negara. Mereka pada mulanya diarahkan membuat liputan tetapi ada 2 orang jurukamera yang menawarkan diri untuk menggantikan tempat secara sukarela.
Pesawat itu disewa khas oleh Filem Negara untuk membawa kedua-dua jurukamera membuat rakaman perlumbaan basikal peringkat akhir Le Tour de Langkawi 1997.
Mazalan yang kini bertugas sebagai jurukamera di RTM Ipoh berkata, beliau bersama-sama Allahyarham kemudiannya bertukar kerja ke syarikat produksi MetroVision.
“Tidak lama selepas syarikat itu ditutup, kami berdua menyertai Bernama TV dan saya kemudiannya bertukar ke RTM sejak 11 tahun lalu,” katanya.
– BERNAMA
September 4th, 2011
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

[...] Lain-lain entry berkenaan perginya pejuang negara kita, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor boleh korang baca di blog Nurizspace [...]
malang tak berbau…
APAN recently posted..Entri Raya