Natasya Pondan Sudah 2 Kali Kena Tahan

Natasya Farisya pondan dari Perlis sebenarnya sudah 2 kali kena tahan sebelum ini. Kisah Natasya ni panas setelah teman lelakinya Mohd Hafizuddin terkena simbahan asid di Perlis gara gara kes cemburu. Tak pasti cemburu nak berebut Natasya atau nak berebut Hafizuddin ni? adoii!!

Gambar Natasya Farisya atau Tabri Rashid

Ditahan 2 kali

Natasya Farisya, 28, pondan atau nama sebenarnya Tabri Rashid Abu Hassan, pernah dikenakan tindakan dua kali sebelum ini, termasuk ditahan Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs).

Natasya yang juga bekas model sambilan dari Taman Sri Bakau, di sini, ditahan JAIPs pada 2007 selepas dikesan menyalahi Seksyen 7 Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis 1991 kerana berpakaian seperti wanita.

Pengarah JAIPS, Abdul Malik Hussin ketika dihubungi mengesahkan penahanan Natasya pada 2007 lalu, selain serbuan dilakukan pihaknya di kediaman pondan itu, tahun lalu.

Selepas ditahan pada 2007, Natasya diberi kaunseling dan nasihat oleh kaunselor JAIPs serta diletakkan dalam pemerhatian pihaknya, apatah lagi dia sendiri pernah berjanji untuk berubah. Natasya diberikan kaunseling oleh Bahagian Nikah Cerai dan Rujuk.

berita dari harian Metro:

“Natasya Farisya sudah dipanggil untuk diberi kaunseling dan dia memberi jaminan akan mengubah penampilan termasuk memotong pendek rambutnya,” kata Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips), Abdul Malik Hussin.

Menurut Abdul Malik, beberapa pegawai Jaips sudah mengadakan pertemuan dengan Natasya, 28, lelaki berperwatakan wanita itu yang menjadi teman istimewa mangsa simbahan asid, Mohd Hafizuddin Johari, 20, apabila memanggilnya untuk diberi kaunseling, semalam.
Menurutnya, pertemuan terbabit diadakan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perlis di sini, hampir satu jam dan pihaknya mengambil pendekatan dakwah dengan memberi khidmat kaunseling kepadanya supaya kembali ke pangkal jalan.

“Kami tidak mengambil tindakan terburu-buru menahannya kerana pendekatan itu memerlukan bukti ketika ditahan. Bagaimanapun, dalam pertemuan terbabit dia sudah berjanji untuk mengubah corak kehidupannya.
“Kami akan memantau penampilannya selepas ini dan usaha berdakwah ini akan dilakukan berterusan.

Komen Ibu kepada Allahyarham Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz mengenai kes Natasya

Yah ibu kepada Ashraf , berkata peluang untuk pemuda itu berubah masih terbuka luas kerana dia tidak melakukan pembedahan membuang kemaluan untuk menjadi wanita.

“Bagi saya, Natasya Farisya dan mereka yang sepertinya patut kembali ke pangkal jalan kerana peluang berubah masih ada.

“Mereka yang tak boleh kembali seperti kes arwah anak saya kerana sudah melakukan pembedahan. Kesal dan marah macam mana pun, jika dibunuh sekali pun, tidak boleh diubah kerana sudah terlambat, tetapi Natasya Farisya dan yang senasib dengannya masih boleh diselamatkan lagi.

“Seperti kes arwah Mohd Ashraf, kami sekeluarga tidak tahu dia menukar jantina. Walaupun kami pernah membuangnya kerana marah dengan perbuatannya, akhirnya kami terpaksa reda dan berserah kepada Allah kerana tiada apa boleh dilakukan lagi. Jika kami tahu, perkara itu tidak mungkin berlaku kerana tiada ibu bapa yang gembira melihat anaknya sebegitu,”

Walaupun Natasya Farisya dikatakan mempunyai teman lelaki yang setia ingin bersamanya, tetapi ia hanya bersifat sementara.

sumber : Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Natasya Pondan Sudah 2 Kali Kena Tahan”

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold