Marsha AF3 Sudah Keluar Hospital

Marsha Milan Londoh yang dimasukkan ke hospital gara gara menelan 30 pil  telah dibenarkan keluar hospital petang semalam.Marsha 26 tahun dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak rabu, dia ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya.

Mengikut rakannya Afeeq Abdul Wahab, Marsha sudah keluar hospital, tapi tidak diketahui di mana dia berada sekarang, Marsha jugak enggan menemui wartawan. Doktor menasihatkan Marsha supaya berehat di rumah dan makan ubat yang diberi.

sepanjang berada di situ, ahli keluarga Marsha turut menemaninya dan beberapa rakan artis seperti Dafi dan Sharifah Sakinah juga dibenarkan untuk datang melawat. Namun sekumpulan wartawan yang turut datang ke pusat perubatan berkenaan Khamis lalu untuk mengetahui perkembangan Marsha, dilarang bertemunya.

Mungkin minggu depan atau dua minggu lagi. Semuanya bergantung kepada tahap kesihatan Marsha selepas ini. Keluarganya juga dijangka turut serta dalam sidang media itu nanti, beritahu rakan Marsha, Sharifah Shakinah.

Marsha kelihatan lemah, matanya bengkak dan sikap Marsha masih lagi manja dan inginkan perhatian dari orang sekeliling.

Imbas kembali kejadian Marsha pengsan,  kenyataan dari pihak pengurusan Marsha:

Marsha dikejarkan ke PPUM oleh pihak pengurusan kediamannya di Taman Desa pada jam 11 pagi selepas ditemui pengsan berdekatan tempat letak kereta di kediaman penyanyi itu. Selepas dimasukkan ke wad kecemasan, Marsha diberi rawatan rapi dan dimaksudkan ke wad biasa di PPUM.

Pada hari kejadian Marsha berada dalam keadaan tidak sihat dan demam. Maka sebab itu, Marsha mengambil ubat bagi meredakan sakit. Dijadikan cerita, Marsha keluar rumah sendirian. Dalam perjalanan pulang, Marsha mengalami kemalangan apabila kenderaan yang dinaikinya melanggar pembahagi jalan.

Akibat trauma dan kesan ubat yang diambil, Marsha hilang kawalan dan jatuh dari tangga berhampiran tempat letak kereta di kediamannya dan mengalami kecederaan di dahi, mata dan bibir. Kini, dia menunjukkan tanda positif dan semakin pulih, menurut e-mel yang dihantar pengurus Marsha, Syadha Rosli.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Marsha AF3 Sudah Keluar Hospital”

  1. Dydy says:

    Owh Marsha Kesayangan ku :D

  2. macamnilah says:

    alhamdulillah sihat dah dia, marsha jgn stress2 ya,.
    jom singgah beraya ke blog sy,
    ade pelbagai aneka info2 terkini lagi sengsasi,
    info yg baru update tadi,
    syarikat telco kaji semula caj 6%,
    keputusan piala malaysia,
    ajaran sesat hassan jonit kembali aktif,
    asyraf haziq terima bantuan rm110,000.
    dan pelbagai info2 terkini lagi hangat di blog sy,
    jom terjah beramai2.

  3. Juan says:

    kenapa yer dia jadi mcm tu, tekanan sebab kerja ker

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold