Kutipan Hantu Bonceng Pecah Panggung

Filem seram komedi Hantu Bonceng pecah panggung mengalahkan Transformers 3. Fuhyo!! dasatt tu..Pada hari tayangan pembukaan 31hb Ogos lalu, Hantu Bonceng ditayangkan di 80 pawagam seluruh negara. Jumlah belian tiket mengatasi 95 % mengatasi filem aksi Transformers 3. Di beberapa lokasi tiket Hantu Bonceng sudah habis dijual pada petang hari pertama. Sudah semestinya pengarah filem ni Ahmad Idham senyum lebar senang hati melihat kejayaan Hantu Bonceng. Kutipan disasarkan dalam RM 6 juta. Adakah tercapai impian RM 6 juta atau lebih lagi??

Terkini Kutipan Hantu Bonceng

Jawapan Ahmad Idham yang sombong isu persenda agama dalam Hantu Bonceng

Siti Nurhaliza pun tengok Hantu Bonceng

Filem Hantu Bonceng sebuah karya komedi ringan yang sesuai untuk seisi keluarga berkisar mengenai kehidupan Amran ( lakonan Zizan Razak) yang sering dihantui hidupnya oleh roh Maya, bohsia yang mati akibat kemalangan, setelah di’menangi’ Amran. Dia meminta pertolongan Kunyit ( Tai) untuk membantunya menyelesaikan masalah, apabila tunangnya, Halimaton ( Jue Aziz ) enggan memberi pertolongan. Namun, dalam keadaan itu, muncul pula Ayu ( Juliana Evans ) dalam perhubungan Amran dan Halimaton. Apa kesudahan kisah mereka, dan dapatkah Kunyit membantu menyelesaikan masalah Amran.

Hantu Bonceng mula ditayangkan pada 31 Ogos yang lalu untuk tempoh wajib tayang selama dua minggu di 80 panggung, serentak di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Sinopsis penuh sila baca artikel berkaitan di bawah.

Kutipan terkini Hantu Bonceng mencecah RM5 juta setelah ditayangkan selama 5 hari bermula 31 Ogos.

Ahmad Idham bersyukur dan gembira sebab Hantu Bonceng diterbitkan oleh syarikatnya sendiri iaitu Exellent Pictures. Kata Ahmad Idham, kutipan Hantu Bonceng untuk setiap hari ialah RM1 juta. Kalau menten begitu je kutipan..kaya giler Ahmad Idham.

Dari maklumat pengurus panggung tiket tiket sebelah malam sudah habis dijual pada waktu petang. Kalau siapa nak beli , beli awal2 atau tempah je secara online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Both comments and pings are currently closed.

Comments are closed.

Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold