Kumpulan Sepah Berpecah

Juara Maharaja Lawak akhirnye berpecah setelah tidak ada persefahaman lagi  di antara mereka dan ada masalah peribadi. Pulak dah,..

Sayang ye, di kemuncak kejayaan Sepah, mereka nak berpecah pulak. Jepp memberitahu media, dia tak mampu lagi memberikan komitmen untuk kumpulan Sepah tambahan pulak mereka perlu memantapkan lagi usaha untuk persiapan Maharaja lawak yang lalu. Akhirnya Jepp mengambil keputusan untuk berpecah.

Masalah disiplin jugak antara yang menjadi punca mereka berpecah, selepas menang Raja Lawak 2009, disiplin anggota Sepah makin kurang, selepas lama menyimpan perasaan tak puas hati, akhirnya mereka berpecah.

Memang agak sukar bagi sesebuah kumpulan yang mempunyai ramai anggota, semua ahli perlu mempunyai komitmen dan tolenransi atau bertimbang rasa jika nakkan kumpulan bersatu dan teguh.

Sementara itu, seorang lagi anggota kumpulan tersebut, Shuib, turut senada dan pasrah dengan apa yang terjadi kepada Maharaja Lawak itu. Shuib mengaku pernah ada melakukan perbincangan bersama anggota lain mengenai masalah kumpulan itu, namun ianya tidak mencapai kata sepakat dan akur dengan keputusan untuk berpecah meskipun sangat sayang pada kewujudan kumpulan itu.

“Saya sayang kumpulan Sepah tetapi jika Jep sudah berkata begitu, saya ikutkan saja. Perkara ini memang ada kami bincangkan sebelum ini. Saya tidak ada apa yang ingin dicakapkan kerana perkara ini baru hari ini diputuskan dan kami akan berpecah, apa yang saya boleh buat saya akan menjaga diri sendiri selepas ini”.

Kemantapan kumpulan paling lawak di dalam industri hiburan tanahair itu dikesali pelbagai pihak dan peminat, serta menyifatkannya sebagai satu kehilangan besar khususnya kepada persembahan bercorak komedi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Kumpulan Sepah Berpecah”

  1. Amry says:

    patutlah diorang dah jarang keuar tv sekarang..ada msalah rupanya..ada perasan juga yang diorang tak macam dalam maharaja lawak..lawak kasar diorang bukan sekdar lawak…memang itu lawak yang boleh bawa gaduh…hm…allahualam….sayang diorang pecah… from innit
    Amry recently posted..SEO Optimization | Alt Tag

  2. fifi says:

    alh tak best lah kalau dah berpecah!serius keni?huhu….anjat boboy!

  3. fifi says:

    ish yang beno ni mcm x prcaya pon ada!hmm…..konfius aku!

  4. mr-boy says:

    dh agak dh memang akan jd mcm ni

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold