Kontroversi Tahajjud Cinta- Erma Nak Dr Asri Komen

Tahajjud Cinta drama arahan Erma Fatima popular bukan sebab drama dia ala ala Nur Kasih yang mendapat sambutan luar biasa dari peminat drama di Malaysia. Tahajjud Cinta lebih popular kerana kontroversi dalam drama tersebut yang dikatakan mempersendakan agama, golongan berpurdah dan sekolah pondok.

Erma Fatima jugak turut berlakon dalam Tahajjud Cinta

Sebuah page di Facebook diwujudkan khas untuk membantah penayangan drama Tahajjud Cinta ” Kami Bantah Tayangan Perdana Tahajjud Cinta”. Page tersebut membantah kerana drama Erma tu mempersendakan golongan muslimat berpurdah dan menjatuhkan institusi pendidikan sekolah pondok.

Ada satu adegan di mana Erman Manan yang bawa watak Ustaz Shauki bersalam dengan Fauziah Ghaous. Boleh ke ustaz yang alim dan berilmu tinggi salam dengan bukan muhrim. Kalau tak salam nanti bapa dia marah. Itu pun dah pelik jugak dalam drama Tahajjud Cinta, adakah Erma nak tunjuk Ustaz tu bawa ilmu agama yang salah dan nak bagi pengajaran kat penonton yang sekolah pondok tu ada ajaran salah?

Oleh kerana terlalu banyak bantahan dan kritikan dari pelbagai pihak, Erma telah mengambil keputusan untuk mendapatkan komen dari bekas Mufti Perlis, Dr Mohd  Asri Zainul Abidin tentang pengisian drama Tahajjud Cinta. Dr Asri dilihat sebagai seorang yang berilmu tinggi dalam bidang agama dan dia mengkritik bukan ikut emosi, kata Erma kepada media.

Dr Asri meminta Erma menghantar salinan lengkap drama Tahajjud Cinta untuk beliau menonton sebelum memberikan komen, kerana Dr Asri belum lagi sempat menonton penuh drama tersebut.

“Dr Asri maklumkan kepada saya yang beliau akan memberikan komen selepas menonton drama tersebut. Beliau meminta saya menghantar salinan cakera padat digital (DVD) Tahajjud Cinta kepadanya.

“Saya akan segera menghantar DVD kepadanya untuk dinilai,” katanya lagi.

“Saya tak nak komen apa-apa sebab Allah tahu apa yang saya cuba sampaikan. Saya rasa tak adil untuk memberikan komen sekarang ini kerana penonton hanya menonton beberapa episod, tetapi sudah memberikan kritikan.

“Sepatutnya mereka menonton sehingga ke penghabisan, baru boleh buat kesimpulan penuh,” ulasnya.

Sinopsis Tahajjud Cinta boleh baca dalam artikel saya yang lepas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Kontroversi Tahajjud Cinta- Erma Nak Dr Asri Komen”

  1. APAN says:

    papepun, aku x minat citer tu…mereka tetap pelakon…menipu je lebih ma…
    APAN recently posted..Rabu Yang Bisu #8

  2. FD says:

    cari duit dengan jual agama je semua tuh… dalam cerita nur kasih pun sama… hasilnya kepada remaja :

    “lebih islamik bermodalkan ilmu agama smse nak mengorat”

    kesimpulan asas, syaitan itu cool dalam menggoda manusia…

  3. Nurul says:

    Mengharapkan sokongan ke? =) Rsnya Dr.Asri xla bodo sgt nk sapot benda yg nyata salah walaupun dia banyak wat statement kontroversi. Dah salah tu ngaku salah je la… Terangkanla bebetul yg cter tu sbnrnya nak tunjuk kecacatan dlm masyarakat walaupun nampak mcm fhm agama. =)

  4. zack says:

    cerita paling mengarut abad ni…. semunya tentang seks semata-mata….

  5. zack says:

    Boleh ke ustaz yang alim dan berilmu tinggi salam dengan bukan muhrim?

    jawapan : tak boleh… HARAM…ulang sekali lagi HARAM

  6. nad says:

    apa yg erma nak cterkan dalam tahajud cinta itu realiti yang berlaku… ada juga sebahagian kecil insan yang dianggap alim menggunakan agama sebagai alat utk memuaskan nafsu semata-mata…itula ada peribahasa alim alim kucing…bila menyentuh bab kahwin baru kait dengan agama…orang2 begini memang wujud…cter2 begini sebenarnya utk kita pk berkali2 dan beringat2…may be dah jadi budaya masyarakat kita ni susah nak berfikir secara kritikal sikit lagi2 soal akhlak n agama dan cepat menghakimi org…cuba faham mesej nak disampaikan dalam cter tu…agaknya dah terlalu terdedah dengan cter ringan yang berunsurkan hiburan semata- mata so bila disajikan dengan cter2 yg perlu kerah otak sikit mula la sume tak kena…cter2 mcm ni dari suatu sudut perlu kita fikir secara positif…

  7. naz says:

    Kurang bersetuju dgn drama ni.cuba ubah sikit konflik tu kepada benda lain.tunjukkan bahawa pondok adalah satu institusi yang terbaik dan kahwin 4 itu indah dgn keadilan yg saksama..satu lagi, betulkan kalau saya salah, apa yg sy perhatikan, bacaan-bacaan ayat suci al quran yg dibacakan ‘ustaz2′ dalam drama ni pun x berapa betul la dari segi sebutan. Ini lah maslh kalau amik ustaz celup.watak org jahat, watak playboy, watak sadis dsb x boleh disamakn dgn watak ustaz.susah nak bawak watak ustaz kalau jiwa tu x seperti ustaz. dicadangkan utk amik insan yg benar2 ustaz utk membawakan watak ustaz..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold