Kisah Mat Indera dan Mat Sabu

Kisah Mat Indera disebut sebut di mana mana di media, di blog blog politik mahupun bukan politik, di forum dan sebagainya. Semuanya lepas Mat Sabu bercakap dalam satu ceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos. Mat Sabu menyifatkan Mat Indera sebagai wira pejuang kemerdekaan sebenar dalam tragedi di Bukit Kepong. Mat Sabu berkata pengganas komunis yang telah membunuh anggota pasukan keselamatan dan keluarga mereka adalah wira pejuang kemerdekaan.

Laporan Polis terhadap Mat Sabu

Kenyataan Mat Sabu itu telah menyebabkan kebencian dari pelbagai pihak dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik telah membuat laporan polis terhadap kenyataan Mat Sabu tu. Lebih 200 ahli dan wakil wakil NGO telah membuat demonstrasi untuk membantah kenyataan Mat Sabu.

Bagi yang dah lama tinggal buku sejarah, termasuk saya, dan mungkin jugak para pelajar dan generasi muda zaman sekarang yang masih belum tahu atau lupa tentang sejarah boleh le baca balik kisah dan cerita pasal Mat Indera, dari sumber sumber dalam buku atau di internet. Kalau tak timbul isu ini oleh Mat Sabu di bulan kemerdekaan ni, pasti orang pun tak berapa nak ambil tahu kan..tiba tiba nama Mat Indera disebut kembali di merata rata..

Mat Indera

Sikit maklumat pasal Mat Indera dipetik dari wikipedia.

Muhammad Indera atau dikenali Mat Indera merupakan pemimpin Melayu yang bekerjasama dengan komunis untuk memerdekakan Malaya dari British. Mat Indera terkenal kerana operasi serangan ke atas pondok Polis Bukit Kepong. Dia dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat Johor. Boleh cari balik peristiwa Bukit Kepong ( pernah difilemkan oleh Jins Samsudin).

Dalam peperiksaan khas guru guru agama, Mat Indera pernah dianugerahkan butang perak dari Kerajaan Johor kerana kecemerlangannya dalam peperiksaan itu, dia kemudian bertugas sebagai guru agama di Sekolah Agama Bandar Pontian Johor.

Semasa pemerintahan Jepun, dia berniaga beras dan selepas British kembali dia menjadi ketua pengangkut Beras di Pelabuhan Muar.

Terbabit dalam Politik:

Mat Indera mula terlibat dlam politik apabila menyertai parti politik haluan kiri Parti Kebangsaan Melayu Melaya (PKMM) anggota Regimen ke 10 Parti Komunis Melaya (PKM), dan matlamatnya untuk membebaskan Malaya dari Inggeris. Dia jugak aktif dalam pergerakan Angkatan Pemuda Insaf(API).

Apabila British menang, dan kembali ke tanah melayu pihak British mengharamkan API, PKMM dan Angkatan Wanita Sedar (AWS). Mat Indera telah memilih untuk menyertai PKM, gerakan militan komunis yang ganas.

Tindakan Mat Indera menyertai PKM, terpesong dan berbeza dari haluan kiri yang lain seperti  Burhanuddin Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Muhammad, dan Ibrahim Yaakub yang tidak menyeratai PKM.

Peristiwa Bukit Kepong:

Kemuncak penglibatan Mat Indera ialah dalam peristiwa Bukit Kepong di Muar pada 23 Feb 1950, dari beberapa sumber ilmiah, ia menunjukkan Mat Indera bertanggungjawab sepenunhya dalam serangan di Bukit Kepong.

Mat Indera aktif dalam pergerakan komunis dan terpengaruh dengan perjuangan Indonesia menentang Belanda. Dia banyak sertai gerakan gerila komunis dalam hutan dan aktif dlam kawasan Pagoh, Lenga dan Bukit Kepong.

Mat Indera ialah orang yang mengarahkan serangan ke atas Bukit Kepong dan dia adalah pejuang gerila yang paling dikehendaki oleh Inggeris. Pihak Inggeris telah menawarkan $75,000 bagi sesiapa yang dapat menangkap Mat Indera. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib yang boleh melepaskan diri dari tangkapan.

Fakta lain: 18 orang anggota polis mati dalam serangan di Bukit Kepong.

sumber dari wikipedia Penangkapan Mat Indera

Pada malam 14 Oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di Kampung Seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung ungu,yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan dipukau jika meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal. Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan.

Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan British sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera yang tidak mahu dibicarakan oleh British atas kesilapannya.

Muhammad Indera kemudiannya menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping, Perak. Keesokan hari, mayatnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.

Sila buat rujukan di Pusat Sumber terdekat untuk mendapatkan penjelasan dan rujukan yang lebih dipercayai

Apa agaknya perasaan ahli ahli keluarga pejuang yang terkorban dalam kejadian di Bukit Kepong semasa menentang komunis pada tahun 1950? Sudah pasti perassan mereka tersinggun kerana kenyataan Mat Sabu yang mengangkat Mat Indera sebagai pejuang sebenar kerana menentang Inggeris dan bersekongkol dengan gerila komunis yang kejam.

Boleh baca balik le sejarah kekejaman gerila komunis kalau ada yang dah lupa, banyak generasi muda zaman sekarang tak minat sejarah.

Mat Indera Seorang Pejuang tapi Memilih Jalan Yang Salah

Ini dari petikan Berita Harian:

Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri menjadi saksi bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang. Peristiwa itu sebenarnya menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat Jawa Ponorogo. Ada yang gembira dan ada yang sebak.

Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.

“Cuma apa yang kerap diceritakannya ialah tindakan mereka ketika itu adalah disebabkan tekanan yang dihadapi akibat ugutan Inggeris. Mungkin ada melabelkannya sebagai petualang tetapi saya merasakan dia seorang pejuang tetapi memilih jalan yang salah.

“Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada kumpulan lain ketika itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak” katanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Kisah Mat Indera dan Mat Sabu”

  1. macamnilah says:

    betul tu dia pejuang tapi jalan yg salah kerana bermusuh dgn inggeris tapi bunuh penduduk tempatan,.
    jom singgah ke blog sy,
    ada pelbagai info2 terkini lg sengsasi yg ado,
    tajuk terkini,
    pesawat pakistan air diancam bom di KLIA,
    barang kemas elizabeth taylor dilelong,
    penduduk kg terkejut telaga boring keluarkan gas metana,
    dan pelbagai info2 terkini lg sengsasi yg ado,.
    jom terjah ramai2

  2. anakmerdeka says:

    mat indera pejuang tapi pilih jln yg salah, membunuh orang yang pertahankan keselamatn , bunuh wanita dan kanak2 .mat indera terpesong..

  3. macamnilah says:

    info hangat baru diupdate,
    marsha af3 pengsan masuk wad,
    jom terjah blog sy utk lebih details,

  4. Pacifista says:

    jangan sampai matlamat menghalalkan cara…
    Pacifista recently posted..Contest: Review Alexa @ Pacifista.my

  5. jen endoro says:

    bro2 sekalian…jgn rujuk sgt sejarah kita..sbb sejarah xbape nk betol sgt…kaji btol2 nape mat indera pg serang balaci british masa tu..

  6. akuorgmuo says:

    kena baca sejarah mohd salleh bin abdul karim!

  7. zan says:

    kita semua kena jelas.zaman sebelum merdeka1957 adalah zaman british jajah tanah melayu.jentera pentadbiran milik British termasuklah balai polis.Askar atau polis semuanya sekongkol dengan British.Makan gaji dengan British.Tak hairan kalau kena serang pun.memang patut pun.orang yang menghalau British memang pejuang.berbeza dengan orang yang suka ampu.Selepas merdeka keadaan berbeza…FIKIR-FIKIRLAH.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold