Kimora Lee Ucap Selamat Hari Raya dan Ulangtahun Kemerdekaan

Kimora Lee model antarabangsa yang popular dengan rancangan realiti Kimora: Life In The Fab Lane. Kimora lahir di St Louis Missouri pada tahun 1975, ibunya asal Korea dan bapanya African- American. Kimora telah dihantar oleh ibunya ke kelas modeling pada usia dia 11 tahun. Pada usia 13 tahun dia sudah mengikat kontrak dengan Chanel, bermula dari situ kerjayanya sebagai model semakin berkembang. Itu le sikit sebanyak pasal Kimora.

Bukan Nuriz nak cerita sangat pasal kisah dia jadi model tapi nak cerita pasal Kimora Lee ni kat Twitter rajin sangat bagi ucapan dalam Bahasa Melayu. Mungkin sebab Kimora sedar dia ada jugak follower dari Malaysia. Terbaru ni Kimora mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” lepas tu pada 31hb Ogos lepas, dia bagi pulak ucapan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 54 Malaysia. Banyak lagi le ayat ayat dalam Bahasa Melayu yang diucapkan oleh Kimora ni, contoh “selamat malam, terima kasih, cantik..”

siapa yang ikut dia update Twitter dia tau le kan..tak lama lagi Kimora kata dia nak mai Malaysia :) tunggu le ketibaan Kimora..

Perihatin betul ye Kimora ni, walaupun dia ni sibuk dengan kerjaya dia, masih ada masa nak layan peminat dari Malaysia kan. Baik hati betul. Artis Malaysia pun kena le tiru perangai baik dari Kimora ni. Jangan jadi cam artis yang cam Gambit tu, sanggup dia samakan peminat di Facebook dgn binatang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Kimora Lee Ucap Selamat Hari Raya dan Ulangtahun Kemerdekaan”

  1. awien says:

    setuju ! gambit fish ar .
    kimora mmg garang . tapi baek hati :)

  2. ken says:

    so awesome :)
    ken recently posted..A Trip to Malacca City

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold