Keluarga Noramfaizul Diselubungi Kesedihan

Rumah keluarga Noramfaizul Mohd Nor 39 tahun jurukamera Bernama yang terkorban terkena tembakan peluru sesat diselubungi kesedihan. Ahli keluarga terdekat telah berkumpul di rumah Noramfaizul selepas mendengar berita kematian arwah pada malam Jumaat. Rakan rakan sekerja dan media datang menziarah dan mengucapkan takziah kepada keluarga arwah.

Ibu Noramfaizul ditenangkan oleh keluarga

Ibu Noramfaizul, Naemah Abd Majid tidak dapat menahan sebak dan menangis ketika ditemui oleh media. Naemah sempat bercerita tentang arwah. Noramfaizul ialah anak sulung dari 6 beradik. Walaupun sudah berkahwin dan ada keluarga sendiri, arwah tetap rapat dengan ibunya.

Arwah meminta ibu dan keluarganya mendoakan keselamatan dia di Somalia. Semasa di Somalia, arwah selalu berhubung melalui telefon dan menghantar SMS bertanyakan khabar dan menceritakan kejadian di sana.

Naemah berkata, anak sulungnya itu kerap berhubung tidak seperti semasa arwah di Gaza dulu. Bapa arwah, Mohd Nor Mat YAsin 66 tahun, berkata arwah berkeras mahu bermalam di rumah keluarganya sebelum berangkat ke Somalia pada 27hb Ogos lalu.

Arwah bukan pertama kali ke luar negara membuat liputan tetapi pernah ke Gaza dan Pakistan. Arwah sempat bergurau dengan ibunya semasa di Gaza, dia sanggup menelefon dan memberitahu yang sambal ibunya sudah kehabisan di sana.

Pada Sabtu baru ni, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, antara orang kenamaan yang menelefon bapa arwah mengucapkan takziah kepada keluarga Noramfaizul.PM Najib pulak menyifatkan arwah seorang wira Malaysia yang sebenar.

Cerita isteri Noramfaizul:

Isteri Noramfaizul

Isteri Noramfaizul, Norazrina Jaafar, 37 tahun berkata beliau tidak pernah cuba hendak menghentikan arwah dari menjalankan tugas sebagai jurukamera di luar negara, walaupun dia sedar akan bahaya dan risiko yang bakal terjadi.

Dia reda dengan ketentuan Allah dan menerima sebagai qada dan qadar dariNYa.

Ini merupakan kali kedua arwah berjauhan dengan keluarga semasa Hari Raya dan dia tak menyangka langsung akan berlaku tragedi ni. Sebelum ini arwah pernah ke Palestin pada hari raya.

Sebelum arwah suaminya bertolak ke Somalia, mereka sudahpun membeli pakaian dan persiapan untuk menyambut Hari Raya.

Anak anak Noramfaizul, Mohd Irfan dan Mohd Naufal diperhatikan Norazrina

Noramfaizul dan Norazrina mempunyai 2 orang anak iaitu Mohd Irfan Ilhan 8 tahun dan Mohd Naufal 3 tahun.

Irfan anak sulungnya walaupun masih kecil tetapi faham akan tugas ayahnya yang terpaksa pergi ke tempat yang bahaya.

Norazrina Jaafar bekerja sebagai Pegawai Eksekutif Perhubungan Awam di salah sebuah agensi kerajaan berkata dia sekarang menumpukan perhatian untuk membesarkan 2 orang anak.

Noramfaizul akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia di Serdang dekat sini hari ini selepas solat Zohor. Keluarga arwah sedang menanti kepulangan jenazah yang diterbangkan dari Somalia.

Video Harian Metro

p/s: Takziah buat keluarga arwah dan semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Keluarga Noramfaizul Diselubungi Kesedihan”

  1. Alfatihah…sedih tengok anak2nya kehilangan ayah tersayang & isteri yg kehilangan suami. Moga Allah tempatkannya di kalangan ahli syurga.
    Liza @ Adzriel AB recently posted..Wordless! Rupa, isyarat dan gaya menceritakan segalanya

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold