Kekasih Minum Racun- Seorang Maut Seorang Kritikal

Alahai apa nak jadi ye, hari tu baca kisah Natasya pondan dengan masalah cinta sejenis, kali ni pulak ada cerita  kekasih yang minum racun sebab cinta terhalang. Dalam berita ni cerita nya mengenai seorang saudara baru bernama Muhamad Faizal Raj Abdullah, 28 tahun dan kekasihnya Zuzziana Rahmat 18 tahun ditemui terbaring dengan mulut berbuih di sebuah rumah di Taman Bunga Sejati, Nyatoh, Rantau , Seremban.

Berita penuh:

Seorang jiran, Suthir Baba, 26, menemui pasangan kekasih itu dalam keadaan berpelukan di ruang tamu rumah dengan mulut dan hidung masing-masing berbuih.

Suthir berkata, dia menyedari kejadian itu ketika pulang dari bekerja jam 8.20 pagi selepas melihat wanita membuka pintu pagar dan kemudian masuk semula ke dalam rumah.

“Selang beberapa minit, saya terdengar bunyi orang bernafas dengan kuat dari dalam rumah. Dia dan seorang lagi jiran lalu meninjau untuk melihat apa yang berlaku.

“Kami bagaimanapun terkejut melihat wanita itu sudah terbaring di dada lelaki itu dan mulut mereka berbuih.

“Kami lalu menghubungi ambulans tetapi tidak lama selepas itu lelaki tersebut disahkan meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah jiran berkenaan, dia juga menemui dua cawan plastik mengandungi cecair berwarna putih disyaki racun serangga di kawasan ruang tamu rumah itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Yusoff Awang ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

Zuzziana Rahmat masih dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) , manakala kekasihnya meninggal dunia.

sumber : Utusan malaysia

Kenapa le cepat sangat membuat keputusan yang tak masuk di akal ni, mesti ada cara lain untuk selesaikan masalah ini, mencari orang tengah dan buat perbincangan secara baik. Pihak keluarga pun mungkin keras menghalang pasangan ini. Niat mereka memang baik sebab lelaki itu sudah pun memeluk Islam, tapi sayangnya hubungan itu tak direstui.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Kekasih Minum Racun- Seorang Maut Seorang Kritikal”

  1. [...] gambar yang disantau dari Facebook boleh baca SINI. Posted in macam-macam Tags: Facebook Yusry KRU kena godam, KRU Kena Godam dengan Rileks [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold