Kaji Naik Gaji atau Bonus Lumayan Bajet 2012

Perdana Menteri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan atau sedang mengkaji sama ada nak beri naik gaji atau bonus kepada kakitangan awam/kerajaan dalam bajet 2012 yang bakal diumumkan nanti.

PM telah meminta Kementerian Kewangan mengkaji kedua-dua kos opsyen tersebut. Langkah itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12.

Sistem Saraan Baru dan naik gaji 40 % dalam Bajet 2012

Baru baru ini Cuepacs menuntut pembayaran bonus 2 bulan gaji. Bulan lepas kerajaan telah memberikan bonus setengah bulan gaji dan bayaran minimum RM 500 kepada pesara kerajaan sebagai bayaran khas. Ia dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Pembayaran itu melibatkan  kos RM2 bilion.

Jadi kita tunggu je la dalam Bajet 2012 nanti, apakah keputusan PM kita, sama ada nak bagi bonus atau kenaikan gaji.

Kalau naik gaji bagus le kepada kakitangan awam yang bergaji kecik. Selalunya selepas diumumkan naik gaji yang herannya harga barang pun turut sama naik..tak tau apa kena mengena dengan naik gaji?

Kalau bagi bonus, sekali tu je dapat , kalau gaji naik dapat tiap tiap bulan. Jadi rasanya lebih efisyen naik gaji dari bonus :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

10 Responses to “Kaji Naik Gaji atau Bonus Lumayan Bajet 2012”

  1. badrul says:

    nak dua dua bonus dan gaji naik

  2. minpj says:

    selain naik gaji atau bonus tu, minta pm kaji jugak tangga gaji PA. dah ramai PA duk setakat tu je tangga gaji..mcm mana nak semangat keje

  3. suhana says:

    naik gaji le penting, bonus pulak untuk meringankan beban ibu bapa nanti nak buat persediaan ke sekolah

  4. zaki abdul says:

    Pemberian bonus hanya syok sementara saja, tak bantu dlm jangkamasa panjang. jangan guna bonus untuk umpan pru 13.
    kenaikan gaji harus ikut kelulusan dan sijil dipegang pekerja awam.

  5. anon says:

    naik la gaji, bonus sekali je dapat, tak ringankan beban langsung la.dah habs dah berjimat ni..

  6. pekerja awam says:

    Naik Gaji le, kalau BONUS kesian kat gaji yang rendah cam kami. bonus tu kejap je habis dengan kenaikan harga brg2 lagi sekarang.
    baik kalau naik gaji. sekurangnyer ada pendapatan lebihan setiap bulan.

  7. akubiomed says:

    Baguslah penjawat awam dapat macam-macam dengan ke prihatinan dari parti pemerintah.
    akubiomed recently posted..Cabaran Blogger | Kereta lumba kertas

  8. naz says:

    gaji x naik xde hal..tp turunkan lah harga barang, kereta, umah, tol dsb…kalau gaji naik dan benda lain naik jugak, xde maknanya gaji naik…

  9. titan says:

    kita tunggu dan lihat. camana agaknya bajet kali nih..

  10. no war says:

    ada baik bagi naik,dapat tiap2 bulan.tapi ats individu jugak…kerajaan bagi gaji naik…ade plak yg memandai kecik kan gaji bersih semula…lepaS TU MERUNGUT GAJI KECIK…PADEHAL PINJAM KOPRASI LA,ALONG LA,MUAMALAT LA MCM2 LA…ERMMMMMM….XRELEVAN LANGSUNG…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold