Ibu Jumpa Kondom Dalam Beg Sekolah Anak

Ni lagi berita yang membuatkan kita geleng kepala, seorang ibu jumpa kondom dalam beg sekolah anak gadisnya yang berusia 15 tahun nak ambil PMR tak lama lagi. Anak gadisnya tu mengaku sambil menangis memang dia ada melakukan perhubungan seks dengan teman lelaki.

Kejadian ni berlaku di Hulu Selangor, gadis remaja yang akan ambil peperiksaan PMR tu ada berkenalan dengan seorang lelaki berusia 20 tahun beberapa bulan lepas, dan menjalinkan hubungan cinta, lepas dipujuk rayu dia setuju melakukan hubungan seks di rumah lelaki tersebut.

Berikutan itu, ibu bapa mangsa membawa remaja terbabit membuat laporan di balai polis berhampiran selain dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan.

Menurut sumber, bertindak atas laporan dan keputusan pemeriksaan, polis menahan teman lelaki remaja itu di rumahnya di Ampang Pecah, di sini, semalam.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa keluar bersama teman lelakinya kelmarin sebelum dibawa pulang ke rumah lelaki terbabit.

“Kira-kira jam 6 pagi, mangsa diajak melakukan hubungan seks ketika keluarga teman lelakinya tiada di rumah.

“Selepas itu, teman lelaki mangsa menghantarnya pulang ke rumah kira-kira jam 2 petang tanpa diketahui keluarga mangsa,” katanya.

Beliau berkata, suspek yang juga teman lelaki remaja itu ditahan di rumahnya dan direman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut dilakukan.

sumber myMetro Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Ibu Jumpa Kondom Dalam Beg Sekolah Anak”

  1. akuzle ayu says:

    nnti biler dh beranak-pinak, yg jantan tuh taulaa untung nasib dier.

  2. yas says:

    dah kantoi baru nak nangiss…hmm bebudak skg dh teradvance sangat…sampaikan isu2 cm ni dh jadi perkara biasa kat sini….:(
    yas recently posted..Pengganti KD Pari ~ Bila TLDM nak dapat kapal baru?

  3. tanakwagu says:

    memang ‘hebat’ budak2 sekarang ni
    x percaya baca ni pula
    http://www.cakap2u./panas-budak-sekolah-seks-di-bilik-rumah.html
    nah…rumah sendiri pula ketika ibubapa sedang tidur

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold