Jingga 13 Mohon Mengadap Agong Berkaitan Makcik Hajjah Sitt Yang Hina Islam

Jingga 13 sebuah pertubuhan bukan kerajaan atau NGO telah menghantar surat untuk memohon mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berhubung siaran sebuah blog yang menghina Islam, iaitu blog Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara. Makcik Hajjah Sitt kini dalam siasatan polis. Terbaru Kid CSI team telah mendedahkan berkenaan siapa Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara sebenarnya.

snapshot dari blog si penghina islam

Pendedahan siapa Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara buat kali kedua ( sila baca)

Koordinator Jingga 13 iaitu Fariz Musa diikuti seramai 20 orang hadir ke istana Negara pagi tadi bagi menyembah permohonan supaya penghina Islam iaitu yg menggelarkan dirinya Makcik Hajjah Sitt Al wuzara diambil tindakan segera.

Blog makcikhajjahsittalwuzara1001 masih lagi aktif, cuma sekarang artikel terbaru dari Makcik Hajjah Sitt tidak ada yang terkini setelah kumpulan penyiasat mendedahkan siapa dia dan Adlin Jalil. Mungkin Makcik Hajjah Sitt sedikit gentar dan takut kerana wajahnya dipaparkan secara meluas.Dia hanya aktif di Twitter itu pun dia masih lagi berjaga-jaga takut dijejaki lagi oleh kumpulan penyiasat.

Dulu semasa Gaysec mendedahkan Arlene Tan yang menjadi dalang disebalik kerje kerja keji ini, makcik hajjah Sitt mengamuk sakan , dia membela sekeras kerasnya Arlene Tan, Pihak Kid csi team membongkar yang kononnya Arlene Tan ada berhubung dengan Adlin Jalil. Baca Bila Makcik hajjah Sitt Wuzara Mengamuk di blognya .

Makcik Hajjah sitt kini kurang mengupdate blognya setelah Adlin Jalil diperkenalkan di Facebook. Dia tidak pula membelaAdlin Abdul Jalil” tu seperti mana dia bela Arlene Tan. Adakah Makcik hajjah Sitt sudah kantoi??

Pihak polis sedang menyiasat siapa dalang di sebalik nama Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara. Selalunya orang seperti ini yang berselindung di balik nama samaran dan membuat penghinaan memang sudah merancang dari awal lagi untuk menutup identitinya sebenar. Dia sudah pun mengambil langkah langkah supaya dirinya tidak berjaya dikesan. Semoga pihak polis dapat menjejaki penjenayah ini.

Berita :

Dalam surat itu, Fariz (kiri) menyifatkan penyiaran artikel dalam blog itu biadap dan kurang ajar kerana “menghina, mencerca, memaki Allah, Rasullah SAW dan memesongkan fakta terhadap Islam”

Fariz yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR berkata, tindakan blog itu benar-benar keterlaluan, melampau dan mencabar sensitiviti umat Islam”.

Beliau juga mendakwa tiada tindakan tegas menteri bertanggungjawab dan agensi kerajaan seperti Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan polis walaupun banyak aduan dibuat.

Katanya, JINGGA 13 memohon mengadap Seri Paduka untuk memberi penjelasan dan memohon campurtangan baginda berhubung isu ini memandangkan “ia sudah semakin parah dan keterlaluan tanpa sebarang tindakan”.

“Patik, hamba rakyat memohon agar DYMM Yang di-Pertuan Agong mengambil tindakan yang sewajarnya demi menyelamatkan akidah umat Islam, mengangkat maruah dan kesucian Islam yang merupakan agama rasmi negara,” kata Fariz dalam surat itu.

Sementara itu, dalam kenyataan medianya, Fariz mempertikai tindakan ketua pengarah Jajim yang didakwa enggan menerima memorandum mereka berhubung perkara itu yang dihantar pada 8 September lalu dengan alasan tidak mempunyai kuasa berkaitan.

“Sedangkan menjadi objektif utama penubuhan Jakim oleh Raja-raja Melayu ialah untukmenjaga kesucian agama Islam,” katanya.

Ini dari petikan The Malaysian Insider

Jingga 13 kesal menteri gagal tanggani Blog Hina Islam( Makcik Hajjah sitt)

Jingga 13 menyerahkan surat mendapatkan perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi tadi.

Jurucakapnya, Fariz Musa berkata, pihkanya mengambil tindakan tersebut kerana kecewa dengan sikap Jamil Khir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator dan Jakim yang tidak mahu bertindak malah menyifatkan isu tersebut bukan dalam bidang kuasa mereka.

“Kami menghantar surat memohon untuk menghadap Tuanku. Kami terpaksa mengambil tindakan ini ekoran sikap Jamil Khir dan Jakim yang tidak mahu bertindak, maka kami rasa wajar perkara ini diketengahkan,” kata beliau sambil mendakwa sehingga kini pihaknya belum mendapat apa-apa jawapan daripada Jakim dan menteri berkaitan.

Katanya, Jingga 13 akan menyerahkan satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara ekoran kegagalan Jamil Khir menyelesaikan masalah itu walaupun laporan yang telah dibuat sebelum ini.

Pada 7 September lalu, Jingga 13 telah menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia tetapi tidak kepada Jakim mengenai individu yang menghina Islam di internet atas alasan ia bukan bidang kuasa agensi itu.

“Jadi kami tiada pilihan melainkan menghadap istana dalam hal ini,” kata beliau yang merancang untuk menyerahkan memorandum pada 24 September ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Jingga 13 Mohon Mengadap Agong Berkaitan Makcik Hajjah Sitt Yang Hina Islam”

  1. yas says:

    Yup…dah terlalu lama rasanya dibiarkan berleluasa blog tu…kene amik tindakan yg keras supaya jd ingatan buat yg lain2….
    yas recently posted..Solar Ranger 2 dari Uniten

  2. Amry says:

    Tidak mempunyai kuasa berkaitan……….alasan tarbaek!!! (sambil geleng kepala)
    Amry recently posted..Hantu Bonceng Persenda Agama

  3. [...] NGO Jingga 13 mohon mengadap Sultan untuk memohon diambil tindakan terhadap Makcik Hajjah sitt [...]

  4. Pacifista says:

    takyah mengadap sultan.terus mengadap Allah je senang…
    Pacifista recently posted..Highlight Bonus Pacifista

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold