Jerebu di Sumatera- Malaysia kesan 600 Tompokan Panas

Malaysia mengesan 600 tompokan panas dengan suhu tinggi melalui satelit, sejurus itu Malaysia menghantar surat untuk menyatakan kebimbangan mengenai masalah itu. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas telah menghantar surat kepada rakan sejawat di Indonesia.

Jerebu itu dibawa oleh angin Monsun dari Sumatera ke beberapa kawasan di Malaysia, keadaan itu “tidak seburuk masa lepas” terutama pada 1997 dan 2005 bila bacaan indeks pencemaran mencatat tahap tertinggi.

Beliau berkata Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu mengenai Pencemaran Jerebu Trans Sempadan Peringkat Menteri Sub-Wilayah ke 12 di Bangkok pada 22-33 Sept akan membincangkan cadangan Malaysia bagi pembentukan skuad memadam kebakaran Asean. Sebelum ini, Malaysia menghantar 1,000 anggota pemadam kebakaran bagi membantu Indonesia menangani kebakaran hutannya pada 1997 sementara 124 pada 2005.

Ini berikutan keadaan jerebu paling buruk dialami Malaysia bila pada Sept 1997 keadaan darurat diisytiharkan di Sarawak ekoran kebakaran hutan di Kalimantan. Pada 11 Ogos, 2005 keadaan darurat juga diisytiharkan di dua tempat Pelabuhan Klang dan Kuala Selangor, akibat kebakaran di Sumatera and Riau selepas Indeks Pencemaran Udara (API) mencatat bacaan 500, melebihi paras bahaya 301.

sumber -BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Jerebu di Sumatera- Malaysia kesan 600 Tompokan Panas”

  1. akubiomed says:

    Makin teruk keadaan Jerebu kerana hujan pun kurang. Peratusan pemandangan semakin menurun. Malam tadi dongak ke langit ternampak bulan agak kabur kerana dek jerubu
    akubiomed recently posted..Rémi Gaillard memalukan Ronaldo

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold