Jenazah Jurukamera Bernama TV Selamat Tiba di TUDM

Jenazah (gambar) jurukamera Bernama TV, Noramfaizul, selamat tiba di TUDM Subang dari Somalia kira kira jam 10.03 pagi. Pesawat Hercules 130 membawa jenazah dan 54 orang ahli MIsi bantuan kemanusiaan Somalia.  Turut menyambut ketibaan jenazah, Datuk Seri Mohamad Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Perdana Menteri TAn Sri Muhyidinn Yassin dan isteri. Suasana hiba menyelubungi perkarangan Pengkalan TUDM semasa jenazah dibawa keluar. Jenazah Allahyarham Noramfaizul dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di UPM selepas Zohor.

Solat jenazah diimamkan oleh Pengarah Kor Angkatan Tentera Malaysia, Brigadier Jeneral Mustaffa Abdul Manap kira-kira jam 11.10 pagi.

Selesai solat jenazah, penghormatan terakhir diberikan oleh ahli keluarga dan juga Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin sebelum jenazah di bawa pulang ke rumah di Taman Serdang Jaya.

Keranda dibaluti bendera “Jalur Gemilang” kemudiannya dibawa ke Masjid TUDM untuk solat jenazah sebelum dibuka bagi membolehkan anggota keluarga dan hadirin lain menatap wajah Allahyarham buat kali terakhir.
Jenazah kemudiannya dibawa ke rumah keluarga arwah di Taman Serdang Raya, seterusnya ke Masjid Al-Islah berdekatan untuk sembahyang jenazah untuk kali kedua sebelum disemadikan.

Noramfaizul dilahirkan pada 14 November 1971 sangat minat menyertai bantuan kemanusiaan, dia kerap ke luar negara membuat liputan. Arwah pernah ke Palestin, Pakistan dan Gaza. Selain itu arwah sangat minat mengenai fotografi dan kamera serta aktiviti sukarelawan.

Noramfaizul meninggalkan seorang balu Norazrina dan 2 orang anak, Mohd Irfan dan Mohd Naufal.

Gambar jenazah tiba di TUDM Subang. Jenazah disembahyangkan di Masjid TUDM.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama-sama menunaikan solat jenazah jurukamera BERNAMA TV, Noramfaizul Mohamad Nor di masjid pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang hari ini.

Gambar pengebumian Noramfaizul

Turut berada di tanah perkuburan ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin, Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok, Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Selepas bacaan talkin disempurnakan, anggota keluarga Noramfaizul menyiram air mawar dan menabur kelopak bunga di pusara Allahyarham

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Jenazah Jurukamera Bernama TV Selamat Tiba di TUDM”

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold