Isu persenda agama dalam Hantu Bonceng-Komen Imam Muda Asyraf & Ustaz Azhar Idrus

Zizan Raja Lawak pelakon utama dalam Hantu Bonceng telah merujuk kepada orang yang pakar dalam agama seperti ustaz Azhar Idrus berkenaan isu persenda ucapan syahadah yang ada dalam skrip filem Hantu Bonceng yang mengundang kontroversi sejak akhir akhir ni. Zizan jugak berasa sedih kerana isu tersebut dia dibenci oleh sesetengah pihak. Selepas mendengar penjelasan Ustaz Azhar Idrus, Zizan kembali lega. Kita baca jugak pendapat dan komen golongan muda seperti Imam Muda Asyraf mengenai isu persenda ucapan kalimah syahadah dalam filem Hantu Bonceng..

Jawapan dari Ahmad Idham yang sombong

Pendapat  Ustaz Azhar Idrus

Ada dua aspek terpenting dalam isu berkenaan iaitu sama ada ia dilafazkan dengan niat untuk mempersendakan Islam atau tidak ada niat untuk berbuat demikian.

Dalam kes itu, Zizan mengucap kalimah  “asyhadu anna Muhammadar..syaitan” (aku naik saksi bahawa Muhammad itu..syaitan), mungkin kerana mahu membuat lawak, maka dia menambah istilah syaitan semasa memandang wajah rakannya di dalam filem itu.

Azhar menambah, walaupun ia bukanlah untuk menghina Islam tetapi tetap haram kerana mendatangkan fitnah.

Dalam rumusannya mengatakan jika diambil secara baik, Zizan tidak berniat mempersenda tetapi disebabkan kejahilan ia memberi fitnah kepadanya.

Komen Azhar mengenai isu itu dapat dilihat di laman Youtube. Beliau ketika itu menjawab soalan yang ditanya Zizan sendiri pada salah satu ceramah beliau.

Video dari you tube:

Pendapat dari Imam Muda Asyraf pulak,

“Sy(saya) laungkan syahadah..tetiba(tiba-tiba) lalat msuk(masuk) mulut..sy smbung(sambung) syhadah dgn(dengan) kata “tuihh..lalat”..adakah sy(saya) mghina Rasul sbg (sebagai) lalat,”

dipetik dari laman twitter.

Beliau berkata, untuk mengatakan seseorang itu menghina nabi adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan dan sukar untuk diperhuraikan.

Kesimpulannya , adalah lebih baik penulis skrip dan pengarah peka kepada apa yang nak disampaikan sebelum ditayangkan kepada masyarakat.. takut mendapatangkan fitnah pulak nanti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold