Ibu Memey Harap Memey Bahagia Dengan Norman

Apakah komen dan reaksi ibu kepada pelakon Memey selepas majlis akad nikah yang berlangsung semalam? Suasana sebak selepas majlis akad nikah selesai, baik Norman ataupun Memey, ibu Memey iaitu Norlela jugak sebak dan mengalirkan air mata kerana anak mereka sudah menjadi milik orang.

Gambar ibu bapa Memey di majlis pernikahan Memey semalam

Apa komen ibu Memey?

“Sebagai seorang ibu, makcik tidak boleh membuang terus Memey daripada kehidupan. Walaupun segala yang berlaku sebelum ini cukup berat untuk dihadapi. Sebaliknya, makcik harus memberi sokongan dan nasihat untuk dia memperbetulkan kesilapan. Tentang perkahwinannya hari ini (Sabtu), makcik harapkan rumahtangga yang dibina bersama Norman ini akan kekal selamanya. Mudah-mudahan Memey bahagia dan menjadi seorang ibu yang baik kepada anak-anak,”

“Makcik memang tidak ada masalah apabila Memey beritahu dia ingin berkahwin dengan Norman. Tetapi, makcik juga nasihatkan supaya dia buat keputusan yang betul. Makcik suruh dia fikirkan kemungkinan baik dan buruk. Makcik tidak mahu Memey menyesal di kemudian hari. Sebagai orang tua, makcik tidak pernah menghalang perkahwinan ini. Bagi makcik, kalau mereka sudah suka sama suka, tidak ada gunanya kita menghalang. Lebih baik izinkan sahaja demi kebaikan bersama,”

Norlela redha jika masih dicemuh

“Selepas ini, jika ada yang masih mencemuh dan mengata, makcik tetap redha. Macam yang makcik katakan tadi, sebagai seorang ibu, makcik mendoakan yang terbaik. Mulut orang memang tidak mampu untuk ditutup. Seandainya jodoh Memey dan Norman tidak berpanjangan, itu adalah ketentuan Allah. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan,”

“Memey kini sudah menjadi milik orang lain. Walaupun sedih, tetapi makcik gembira kerana jodohnya sudah sampai. Pesanan makcik kepada Memey, selepas ini dia mesti hormat pada suami, ibu mentua dan juga ahli keluarga suami yang lain. Paling penting, Memey harus sentiasa menjaga nama baik suami.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold