Hantu Bonceng Kutip 8 Juta Fuyoo!!

Fuyyo!! Hantu Bonceng kutip 8 juta, mengalahkan filem Adnan Sempit tahun lalu, yang jugak diarahkan oleh Ahmad Idham. Memang dasatt tu. Adnan Sempit hanya mendapat 7 juta. Sejak ditayangkan pada 30hb Ogos lalu memang Ahmad Idham mengaku bukan senang bagi dia mencapai kutipan RM8juta sebab banyak filem hebat ditayangkan serentak, termasuk filem luar negara.

Jawapan Ahmad idham yang sombong -isu persenda agama

Menarik jugak apabila Siti Nurhaliza pun ada pergi menonton Hantu Bonceng

SINOPSIS Hantu Bonceng

Nampaknya memang menyengat gandingan Juliana Evans dan Zizan Raja Lawak yang membintangi filem Hantu Bonceng.

komen Ahmad Idham

“Saya bangga kerana selepas lima hari tayangan filem itu mengutip kutipan RM5 juta dan sehingga 11 September lalu angkanya mencecah RM8 juta. Ini adalah kejayaan sebenar dan pencapaian saya yang terbaik setakat ini,”

Kejayaan filem yang kelima terbitan Excellent Pictures Sdn. Bhd. dengan kos mencecah RM1 juta itu secara tidak langsung telah menyuntik semangatnya bagi mengarah serta menerbitkan filem sendiri pada masa akan datang.

Sehubungan itu, Ahmad Idham berazam untuk menerbitkan sekurang-kurangnya empat buah filem setahun bagi memenuhi permintaan dan kepercayaan para peminat filem Melayu yang semakin meningkat akhir-akhir ini.

“Saya memang telah mengarahkan 21 filem tetapi cuma lima daripadanya yang saya terbitkan melalui syarikat saya. Hantu Bonceng adalah filem kelima terbitan saya sendiri,”

“Contohnya, pada tahun 2006 saya telah menerbit dan mengarahkan filem Tipah Tertipu yang menelan kos RM1.1 juta tetapi sayangnya kutipan tiketnya hanya RM700,000. Namun, saya tidak pernah berputus asa.

“Saya kemudiannya banyak mengarahkan filem terbitan MIG Productions seperti Adnan Sempit yang mengutip kutipan lebih RM7 juta. Semua itu memberi semangat dan keyakinan untuk saya menerbitkan filem sendiri,”

“Macam yang saya cakap tadi, selepas ini sasaran saya adalah menerbit dan mengarahkan sekurang-kurangnya empat filem melalui syarikat saya itu. Terbaru saya sedang dalam proses untuk mengarahkan filem berjudul Mail Lambong lakonan Zizan Raja Lawak,”

Hantu Bonceng boleh dikatakan bertuah kerana bukan sahaja terletak di bawah Skim Wajib Tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sejak tayangannya penghujung Ogos lalu, tetapi ia juga kurang berdepan dengan saingan.

Ini kerana, sepanjang tempoh itu iaitu selama lebih dua minggu, hanya Hantu Bonceng yang merupakan satu-satunya filem Melayu yang ditayangkan di pawagam sebelum filem Raya Tak Jadi! menyusul mulai 15 September ini (esok).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Hantu Bonceng Kutip 8 Juta Fuyoo!!”

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold