Gaun Pengantin Memey Akan Dipamer di Muzium Negara

Seperti yang kita semua tahu hari ini telah berlangsung pernikahan Memey dan Norman Hakim, pasangan kontroversi, mereka dinikahkan petang tadi di rumah Memey. Majlis pernikahan Memey dan Norman menelan belanja kira kira 12 juta. Bukan tu saja, gaun pengantin Memey jugak akan dipamerkan di Muzium Negara nanti selepas selesai saja majlis pernikahan mereka.

Gaun pengantin itu dipamerkan di Muzium Negara kerana dikatakan mempunyai nilai yang tinggi dalam pembuatannya. Memang bersejarah sungguh ye gaun pengantin Memey ni nanti hingga ke anak cucu le gaun itu akan dikenang kenang.

Gaun itu direka khas oleh pereka terkemuka dunia iaitu Vera Wang yang turut mereka untuk gaun, sut, kasut perkahwinan bertatahkan berlian Rafflesia..itu yang menjadikan ia istimewa.

Namun apa yang memberikan tanggapan negatif ialah keistimewaan gaun itu dengan si pemakainya, ramai yang tak berpuas hati dengan si pemakainya iaitu Memey. Siapalah Memey untuk mendapat nama di Muzium Negara? Orang mempersoalkan kenapa tidak kalau nama gah seperti Datuk Siti Nurhaliza yang diberi penghormatan sebegitu. Tidak perlulah kita jelaskan lagi, semua peminat seni yang ikut perkembangan, sudah tahu kenapa dan mengapa?

Gambar Vera Wang pereka terkemuka


Lakaran gaun pengantin Memey

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Gaun Pengantin Memey Akan Dipamer di Muzium Negara”

  1. yas says:

    Uishh…sebenarnya aku tak setuju langsung…nilai sejarah tu pada derang jerr bukan pada rakyat mesia. camne la Muzium Negara leh setuju lak ni….pening aku….
    yas recently posted..Perhentian Bas yang unik

  2. titan says:

    laa..camni pun boleh ker..
    titan recently posted..Selangor – Win or Die

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold