(Gambar)Pelakon Diana Amir Bertudung Lepas Mimpi Kiamat

Alhamdulillah, pelakon Diana Amir yang berlakon dengan Pierre Andre dalam 321 Cinta dan Aku Masih Dara ni dah bertudung selepas mendapat mimpi beberapa kali tentang hari kiamat.

Selepas mendapat mimpi tu Diana nekad untuk bertudung walaupun dia masih cetek ilmu agama. Alhamdulillah jika suda sampai seru dia nakbertudung, ilmu agama ni kita boleh cari dari orang orang yang boleh membimbing ke jalan yang diredhai oleh NYA.

Liha saja pelakon lelaki dalam Aku Masih Dara, iaitu Asyraf Muslim pun sudah meninggalkan dunia seni dan menceburkan diri dalam ilmu perubatan cara Islam.

Gambar Diana Amir terbaru bertudung

Cerita Diana:

“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.

“Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini,”

“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. “Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya,”

“Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.

“Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini, “Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah,”

“Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka,”

Diana turut berkongsi cerita pasal mimpi itu kepada rakan baiknya hingga rakan dia pun turut sama memilih untuk berubah ke arah kebaikan dan mendalami ilmu agama.

Diana Amir bertudung(warna cerah)

Diana jugak ada berjumpa dengn pelakon Irma Hasmie untuk mendapat sokongan dan pandangan.

Pelakon pelakon wanita yang bertudung jangan le takut nak bertudung nanti rezeki berlakon tak datang, tengok saja pelakon Aida Rahim dan Irma Hasmie, mereka tetap berlakon dengan watak yang sesuai.

Gambar Diana Amir dan Wardina

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “(Gambar)Pelakon Diana Amir Bertudung Lepas Mimpi Kiamat”

  1. yas says:

    Semoga dia terus diberi rahmat dan hidayah…bukan senang nak dpt petunjuk semasa hidup kat dunia….ade yg dh “rumah kata pigi,kubur kata mari” pun masih x dpt2 hidayah….
    yas recently posted..Pengganti KD Pari ~ Bila TLDM nak dapat kapal baru?

  2. akubiomed says:

    Sudah sampai seru. Teringatkan lakonan beliau didalam filem “Aku masih dara”

  3. dr jauh says:

    da pakai tudung tu,jgn la wat bnda xelok plak…alang2 nk jd muslimah,buang sume prangai nk berlaga2 pipi dgn laki yer

  4. cikpia says:

    semoga kita semua mendapat keberkatan dan keredhaanNya…..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold