Gambar Perkahwinan Faezah Elai dan Heykal

Sekali lafaz saja Faezah Elai menjadi isteri kepada pengarah drama Asmara ini, Heykal Hanafiah. Majlis akad nikah diadakan di rumah Faezah di Gelugor pulau Pinang kira2 jam 3 petang tadi.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah pejabat kadi Kawasan A Timur Laut, Abdullah Yahya berwalikan bapa Faezah iaitu Md Elai Fazil Elai dengan mas kahwin RM1,001.




Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak.Turut menyaksikan majlis tersebut adalah ibu dan keluarga kedua-dua pasangan pengantin.

Hantaran kahwin Faezah Elai

Faezah menerima sembilan dulang hantaran seperti, jam tangan, kafling, iPhone 4, kemeja, Al-Quran, cincin, sirih junjung, kek, buah-buahan, minyak wangi dan barangan mandian wanita, manakala Heykal mendapat 11 hantaran seperti, minyak wangi, digital Al-Quran, jam, beg tangan, rantai, cincin dan kemera.

Busana pengantin Faezah ditaja pereka terkenal Hatta Dolmat

Majlis RESEPSI Faezah Elai

Sementara itu, majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 3 Disember di Sungai Ara, Pulau Pinang.

Manakala, pada 4 Disember pula kedua-dua mempelai akan mengadakan majlis resepsi bertemakan persandingan tepi pantai di sebuah hotel di negeri itu

Busana / baju pengantin Faezah Elai rekaan Hatta Dolmat

Faezah Elai tersenyum gembira

Heykal Hanafiah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Gambar Perkahwinan Faezah Elai dan Heykal”

  1. APAN says:

    dia pernah menambat hatiku :)
    APAN recently posted..Apabila Exchange Ratio Apesal Mencecah 300%

  2. Juan says:

    selamat pengantin baru kepada mereka

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold