Gambar Perkahwinan Eira Syazira dan Azad Jazmin

Majlis akad nikah Eira Syazira dan Azad Jasmin diadakan pada hari Jumaat, 16 September 2011  malam ni, di rumah kediaman Eira Syazira di Putrajaya.

Update:

Eira Syazira, 27 tahun dan Azad Jazmin John Louis Jeffri, 35 tahun selamat diijabkabulkan sekitar jam 8.50 malam tadi dengan sekali lafaz saja. Tema majlis nikah mereka malam ni ialah cermin dan kristal, warna merah putih dan silver.

Sebelum tu pasangan ini sudah menjalani sesi fotoshoot untuk gambar pra perkahwinan mereka yang dibuat di sekitar Putrajaya. Eira dan Azad  memakai busana dan baju dari tajaan Hairi Tajuddin.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Shuhaimi Acheh dengan mas kahwin sebanyak RM 300. Jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak.

Eira menerima sembilan dulang hantaran seperti, jam tangan, beg tangan, kasut, cincin, sirih junjung, minyak wangi, sejadah, Al-Quran, dan iPad, manakala Azad mendapat 11 hantaran seperti, minyak wangi, Al-Quran, jam, baju Melayu, set penjagaan diri, kemeja, sejadah, kasut, coklat, cincin, sirih junjung dan jersi dan topi jenama Chelsea.

Azad dan Eira akan berbulan madu di Bali dan Jakarta pada November depan.

Gambar HANTARAN perkahwinan Eira dan Azad

Video majlis nikah Azad dan Eira

Gambar kahwin Eira Syazira dan Azad Jasmin

Tajaan pakaian ialah dari Wan Pa dan Zaha Wedding Planner dari Ipoh untuk majlis akad nikah dan persandingan mereka yang berkonsepkan cermin kristal dan bunga ros.

Majlis resepsi Eira kemungkinan diadakan di Putrajaya pada 17 September 2011, manakala majlis sebelah Azad ialah pada 26 September di Pulau Pinang. Respsi di Pulau Pinang bertemakan Bollywood mendapat tajaan dari Jalinan Kasih.

Gambar-gambar pra perkahwinan Eira Syazira & Azad Jazmin ini diambil oleh Phosgraphis Photography.

Azad pilihan Eira

Eira tidak meletakkan sebarang kriteria khusus buat Azad. Seperti pasangan bercinta dan bakal menempuh alam rumah tangga dia sentiasa berfikiran positif dan saling mempercayai antara satu sama lain dalam hubungan mereka.

“Tidak perlu saya jelaskan apa keistimewaan dirinya yang berjaya menambat hati satu. Biar saya simpan saja perkara itu. Yang penting pada saya dia memang segalanya buat saya,”

“Sebaik pulang daripada mengerjakan umrah, baru ibu bapa kami berbincang dan memilih tarikh yang sesuai. Saya serahkan sepenuhnya keputusan kepada keluarga. Restu dan doa daripada keluarga dalam hubungan kami cukup penting pada saya.

“Begitupun saya menunggu semua perkara yang diatur betul-betul jadi dan berjalan lancar baru saya bertindak memaklumkan dan mengedarkan jemputan kepada media dan rakan seminggu selepas Aidilfitri.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Gambar Perkahwinan Eira Syazira dan Azad Jazmin”

  1. [...] GAMBAR MAJLIS PERNIKAHAN EIRA SYAZIRA DAN AZAD JASMIN << Sumber gambar: Nurizspace dan Cik [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold