Gambar Perkahwinan & Akad Nikah Memey dan Norman Hakim

Sekali lafaz saja Memey Suhaiza, 23, sah menjadi isteri kepada Norman Hakim 35. Mereka dinikahkan di rumah Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1 Kota Tinggi Johor pada pukul 5.10 petang Sabtu.

Norman dan Memey dinikahkan oleh jurunikah mukim Kambau, Kota Tinggi, Zulkifli Tarmizi berwalikan bapa Memey, Suhaimi Sawarni, 49.

Memey menerima mas kahwin berjumlah RM22.50 dan lima dulang hantaran perkahwinan berserta wang hantaran berjumlah RM 24,000. Hantaran yang diberikan untuk Memey ialah sistem pengesanan global (GPS), rantai, cincin berlian, kek buah berbentuk beg tangan Gucci, sirih junjung dan al-Quran.

Manakala Norman menerima tujuh(7) dulang hantaran daripada Memey iaitu iPad 2, cincin, coklat, buah-buahan, sirih junjung, kek lapis Sarawak dan al-Quran.

GAMBAR : Hantaran Memey(sini)

CHEF WAN kritik pedas gaun dan majlis resepsi ala kebaratan Memey dan Norman

Gaun Pengantin Memey akan dipamerkan di Muzium Negara ..mak oii!!

Komen ibu Memey lepas Memey nikah dengan Norman

Abby sediakan baju anak anak untuk majlis nikah Norman

Majlis Resepsi di Kuala Lumpur -New York Look

Keseluruhan hantaran kedua-dua belah pihak dianggarkan berjumlah RM40,000 yang digubah oleh Iezla Bridal merangkap perunding perkahwinan.

Memey dan Norman kelihatan sama cantik sama padan mengenakan baju pengantin berwarna mengikut kulit rekaan Ezuwan Ismail.

Anak – anak Norman dengan bekas isteri (Abby Abadi) iaitu, Mohamed Danish Hakim,8, dan Marissa Dania Hakim,6. jugak hadir ke majlis pernikahan bapa mereka.

Norman akan memebawa Memey bermulan madu di Kota Paris dalam masa yang akan ditetapkan kemudian dan seterusnya dijangka ke Mekah untuk mengerjakan umrah pada tahun depan.



Malam berinai Memey

Pada malam nya pasangan ini akan melangsungkan majlis malam berinai di rumah pihak perempuan di mana Memey mengenakan baju busana berkonsepkan kontemporari berwarna peach manakala Norman dengan baju tradisional berwarna hitam yang disediakan oleh Iezla Bridal.


Majlis Resepsi Memey

Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan akan dilangsungkan di rumah pihak perempuan pada Ahad dengan berkonsepkan perkahwinan dalam taman. Pakaian persandingan direka oleh Hatta Dolmat manakala untuk upacara memotong kek direka oleh Rizman Ruzaini.


Majlis Resepsi di KL

Pada 28 September depan pula, majlis perkahwinan yang bernilai RM12 juta, akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia.


Tema majlis perkahwinan itu berkonsepkan Kosmopolitan dan hanya 200 orang tetamu sahaja di undang iaitu pihak media dan selebriti.


Menariknya Memey akan menyarungkan gaun pengantin pereka tersohor dunia, Vera Wang pada majlis perkahwinannya pada 28 September itu.

Gaun Pengantin Memey seperti gaun pengantin artis Hollywood Kim Kardashian, Mariah Carey dan Invanka Trump.


Memey akan mengenakan dua gaun pengantin pada majlis tersebut dan salah satunya daripada rekaan Vera Wang yang berkonsepkan Bohemian. Bagaimanapun ia bukanlah ditempah khas sebaliknya dibeli oleh pihak Rafflesia yang inginkan kelainan pada majlis tersebut.

Sepasang lagi gaun yang akan dikenakan pula direka khas oleh tiga pereka tempatan daripada Rafflesia dengan bertatahkan mutiara gred A yang bernilai RM500,000.


Pakaian bagi pengantin lelaki

Bagi pakaian pengantin lelaki pula, Norman akan mengenakan dua pasang sut tradisional Inggeris rekaan Lord’s Taylor bernilai RM10,000 setiap satu.


Menarik lagi, keempat-empat gaun dan sut pengantin tersebut akan dipamerkan untuk satu acara istimewa di Muzium Negara pada 26 November hingga 31 Disember depan.

Selain Rafflesia, Lord’s Taylor dan Vera Wang, Profesor Datuk Jimmy Choo juga akan menghasilkan dua pasang kasut khas buat Memey yang bernilai RM300,000.


Ini merupakan perkahwinan pertama buat Memey manakala yang kedua bagi Norman.

Norman pernah berkahwin dengan pelakon Abby Abadi pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan tiga orang anak Maria Danisha Hakim,3. Mereka bercerai pada 18 Disember 2008.


Gambar di sekitar majlis perkahwinan Memey Suhaiza dan Norman Hakim di Felda Tenggaroh

Norman tiba di rumah Memey


Norman tiba di rumah Memey diiringi anak-anaknya


Norman di majlis akad nikah (perkahwinan dengan Memey Suhaiza)


Akad nikah Memey dan Norman

Memey atas pelamin

Memey atas pelamin

Gambar pelamin Memey

Gambar dari ohbulan.com

Suasana sebak dan linangan airmata mengiringi pernikahan mereka. Bukan hanya Memey dan Norman yang menitiskan airmata bahkan ibu pengantin perempuan, Nor Lela Abd. Rahman turut sama tangis dalam kegembiraan melihatkan puteri ketiga daripada enam cahayamatanya telah pun disunting orang.

Norman Hakim mengharapkan agar perkahwinan yang dibina kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

“Saya harap perkahwinan ini terbaik dan terindah untuk kami bersama. Semoga kami berdua dapat melayari kehidupan dengan tenang dan sempurna,jelasnya ketika ditemui selepas majlis pernikahannya petang tadi.

Norman hadir bersama rombongannya seramai 30 orang yang termasuklah ibunya Kamariah Kamat serta dua cahayamatanya.

Sementara itu, kata Memey pula, dia amat bersyukur kerana pengakhiran cerita cinta mereka disudahi dengan kisah gembira.

“Alhamdulillah pengakhiran kisah kami dengan sempurna. Apabila saya cakap dah sedia nak berkahwin jadi saya memang tahu selepas ini saya akan menempuh satu fasa baru dalam hidup. Insyaallah doakan yang terbaik ya buat kami, “

Video temubual oh bulan dan memey

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Gambar Perkahwinan & Akad Nikah Memey dan Norman Hakim”

  1. geli geleman says:

    eeeeeeee pmpuan murahan ni xde sikat rambut ke?? resepsi 12juta konon tp rmbut serupa xmandi jer..colour bju lak warna mcmtu,.. so DIRTY DIRTY DIRTY colur..!!! kena ngn gincu merah yg mmbuatkn bibir dy yg lebar tu mnjd semakin lebar,nampak buruk sgt!! dirty sgt!! eeuuuuu.. memey,ko perempuan hina yg bodoh dn murahan sgt!! norman plak, lelaki xsdar diri. perisa coklat yg dulu nye d timang2, skrg d tggalkn cz dh tukar selera nk timang perisa vanilla plak.. eeuu !!

  2. TRIGYY says:

    tahniah memey dan norman

  3. eiiii resepsi 12 juta konon… sponsor bolehlah gebang besau!! yg pastinye muka pompuan tu x berseri lgsg… sememey je rupa, sesuai pun dgn nama. huhhhhhhhhhhhh

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold