(Gambar) Loji Esso Terbakar di PD

Sebahagian daripada loji penapis minyak milik Esso musnah dalam satu kebakaran di Port Dickson awal pagi ini melibatkan sebuah pam saluran penghantar minyak dari loji ke kapal. Kebakaran dipercayai membabitkan saluran paip gas dengan api dilihat menjulang kira-kira 20 meter jam 1 pagi tadi.

Kira-kira 100 orang pekerja berada di loji berkenaan semasa kebakaran yang bermula pada lewat tengah malam dan sempat menyelematkan diri sementara api dapat dikawal dan dipadamkan sepenuhnya kira-kira empat jam kemudian.

Loji Esso

Gambar Loji Esso di Port Dickson (PD) terbakar

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Saadon Mokhtar memberitahu Bernama pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 1.06 pagi dan mengejarkan enam jentera bomba termasuk unit Hazamat (bahan merbahaya) bersama 32 anggota ke tempat kejadian.

Katanya, tiada laporan kemalangan atau kecederaan diterima dan kerja memadamkan kebakaran turut dibantu oleh dua jentera bersama-sama 24 anggota pasukan bomba Esso dan Shell.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat, tambah beliau.

Seorang pekerja di loji berkenaan Kassim Bee Mohamad Kassim, 49, berkata pada awalnya beliau terdengar bunyi mesin yang kuat dan letupan kemudiannya melihat api marak dengan tiba-tiba.

T. Mallika, 54, seorang pekerja berkata semasa kejadian, mereka sedang bekerja dan ketakutan serta terus lari keluar menyelamatkan diri apabila melihat api menjulang naik.

Sementara itu jurucakap Esso Malaysia Bhd di sini berkata operasi di terminal itu telah beroperasi semula setelah dihentikan buat sementara waktu sebagai langkah berjaga-jaga.

“Operasi penapisan tidak terjejas dan berterusan. Satu siasatan penuh telah berjalan oleh pihak berkuasa berkaitan bagi menentu dan menangani punca kebakaran,” katanya.

sumber- BERNAMA

Exxon Mobil pernah mendapat gelaran sebagai syarikat paling penting di dunia. Tahap keselamatan pasti dijaga rapi, tapi malang tak berbau. Kita tunggu saja hasil siasatan nanti.

Berita lain sebelum kesĀ  kebakaran berlaku

Jual Esso Malaysia Merugikan

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Penjualan 65 peratus pegangan ExxonMobil International Inc. (ExxonMobil) di dalam Esso Malaysia Bhd. kepada San Miguel Corp. dilihat sebagai sesuatu yang merugikan kerana melibatkan industri minyak dan gas negara.

Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj Ali mengakui bahawa Esso Malaysia adalah anak syarikat ExxonMobil yang mempunyai hak untuk menjualnya tetapi pertimbangan mungkin patut lebih dahulu diberikan kepada syarikat tempatan yang berkelayakan.

“Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba mereka (ExxonMobil) membuat pengumuman mengenai urusniaga tersebut, sedangkan perniagaan tersebut (Esso Malaysia) ditubuhkan dan beroperasi di negara ini.

Beliau berkata, semasa ExxonMobil mula-mula melabur di negara ini, perlu ada terma di dalam perjanjiannya dengan kerajaan yang menyebut bahawa syarikat itu perlu memberikan pertimbangan kepada syarikat tempatan terlebih dahulu jika mahu melupuskan pegangan.

Ini akan mengelakkan Esso Malaysia sewenang-wenangnya dijual kepada syarikat asing sedangkan ia beroperasi di negara ini malahan pekerja-pekerjanya juga adalah anak tempatan dan apa yang paling penting ialah Esso Malaysia menjalankan perniagaan aset sensitif negara iaitu minyak dan gas,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau juga mempersoalkan apakah tiada syarikat tempatan mahupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mampu memiliki kepentingan majoriti di dalam Esso Malaysia, sedangkan syarikat tersebut mempunyai prospek pertumbuhan yang cerah.

Esso Malaysia memiliki syarikat penapisan minyak di Port Dickson, Negeri Sembilan serta 560 stesen minyak Esso dan Mobil di seluruh negara.

” Jika syarikat asing boleh nampak potensi ini, kenapa syarikat-syarikat tempatan atau GLC tidak bersungguh-sungguh untuk memiliki Esso Malaysia, apakah mereka terlepas pandang?, ujarnya lagi.

Difahamkan meskipun sebelum ini Boustead Holdings Bhd. yang dimiliki oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berminat untuk memiliki ekuiti Esso Malaysia tetapi mereka tidak pernah pun mengemukakan sebarang permohonan rasmi.

Menurut Alsedtek, apa yang mengecewakan tawaran yang dibuat oleh San Miguel Corp., pengeluar minuman keras terbesar di Filipina, sangat rendah, malah di bawah harga pasaran.

San Miguel menyatakan hasratnya untuk menguasai 65 peratus kepentingan anak syarikat ExxonMobil dengan menawarkan harga RM3.50 sesaham atau jumlah keseluruhannya RM614.25 juta.

Harga saham Esso Malaysia naik mendadak sebelum ditutup pada harga RM4.95, tetapi reaksi tidak berterusan kerana pelabur dipercayai kecewa dengan harga tawaran San Miguel.

-Utusan

Gaambar loji penapisan minyak sebelum terbakar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “(Gambar) Loji Esso Terbakar di PD”

  1. Pacifista says:

    baru je minggu lepas balik dari PD,ada kursusu 1 murid 1 sukan…
    Pacifista recently posted..Highlight Bonus Pacifista

  2. macamnilah says:

    jom terjah ke blog saye,
    ade pelbagai aneka info2 terkini lagi sengsasi,
    nak tau info2 nye ?,.
    jom ler terjah ke blog saye,.

  3. zik says:

    erk terbakar… memang tak tahu menahu langsung nih…. effeect kpd economic nih
    zik recently posted..An Outline Of Widespread Procedures To Manufacture Rapid Prototypes

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold