Gambar Baju Perkahwinan Faezah Elai

Faezah Elai pelakon Asmara akan berkahwin pada 9hb 9 2011, pereka busana atau baju pengantin Faezah Elai ialah Hatta Dolmat pereka yang tak asing lagi yang selalu menyediakan rekaan yang cantik dan anggun buat selebriti, artis dan vip-vip. Bagi Majlis resepsi kedua-dua belah pihak, busana perkahwinan Faezah dan Heykal ditaja oleh Rizman Ruzaini dan Hatta Dolmat jugak.

Faezah Elai pasti sedang berdebar dan sibuk dengan persiapan perkahwinannya, dan tinggal beberapa jam saja lagi nak jadi isteri kepada Heykal Hanafiah.

Tengok juga GAMBAR Pelamin dan Malam Berinai Faezah Elai ala Bollywood

Gambar Perkahwinan Faezah Elai dan Heykal

Esok Faezah Elai akan melakukan upacara khatam Quran, selepas solat Jumaat, barulah majlis akad nikah akan diadakan di Platino Kondominium Pulau Pinang.

Majlis resepsi Faezah Elai bakal berlangsung pada 3 dan 4hb Disember 2011 di Dewan Sungai Ara. Dengarnya Faezah nak buat majlis resepsi dekat pantai di sebelah pihak lelaki.

Ini beberapa keping gambar baju pengantin Faezah Elai dan jugak kasut yang akan dipadankan dengan baju pengantin Faezah Elai yang dimuat naik oleh Hatta di facebooknya. Hatta tak tunjuk secara keseluruhan lagi sebab nanti tak dak la serinya pulak.

Memang tak sabar nak melihat gambar secara penuh busana persalinan perkahwinan Faezah Elai yang anggun ni..

Kad undangan akad nikah Faezah Elai dan Heykal pun dah diberikan kepada Hatta. Sungguh cantik, warna purple lagi.

Faezah Elai akan terbang ke London selepas saja majlis pernikahan untuk pengambaran filem Tanda Putera arahan Shuhaimi Baba. Memang jadual Faezah padat dan dia masih laku dengan tawaran tawaran berlakon.

Baju Pengantin Faezah Elai sudah diupdate ( Majlis Khatam Quran)

Majlis Akad Nikah Faezah Elai

Dengan sekali lafaz, Faezah Elai bergelar isteri kepada Heykal Hanafiah di kediamannya di Gelugor Pulau Pinang.

dinikahkan oleh jurunikah pejabat kadi Kawasan A Timur Laut, Abdullah Yahya berwalikan bapa Faezah iaitu Md Elai Fazil Elai dengan mas kahwin RM1,001.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak.

Turut menyaksikan majlis tersebut adalah ibu dan keluarga kedua-dua pasangan pengantin.

Hantaran perkahwinan Faezah Elai dan Heykal

Faezah menerima sembilan dulang hantaran seperti, jam tangan, kafling, iPhone 4, kemeja, Al-Quran, cincin, sirih junjung, kek, buah-buahan, minyak wangi dan barangan mandian wanita, manakala Heykal mendapat 11 hantaran seperti, minyak wangi, digital Al-Quran, jam, beg tangan, rantai, cincin dan kemera.

Faezah anggun mengayakan busana serba putih rekaan pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat, sementara pelamin ditaja oleh Putree Bridel.

Pada pada 4 Disember pula kedua-dua mempelai akan mengadakan majlis resepsi bertemakan persandingan tepi pantai di sebuah hotel di negeri itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Gambar Baju Perkahwinan Faezah Elai”

  1. There are many charges paid for the wedding dress but it is very beautiful and amazing.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold