Filem Rentaz (kisah motor besar)

Ada satu lagi filem dari karya pengarah tersohor Mamat Khalid yang diterbitkan oleh Grand Brilliance Sdn Bhd. iaitu RENTAZ . Pelakon pelakon dalam filem Rentaz terdiri daripada Awie, Shah Jaszle, Miera Liyana, Khir Rahman, Pekin, Dazrin Kamaruddin dan ramai lagi.

Menurut Mamat Khalid filem Rentaz ni adalah adunan dunia motor berkuasa tinggi dengan elemen spiritual. Penonton bakal disajikan dengan babak yang menggerunkan kerana pengarah terkenal itu banyak menekankan kehidupan selepas mati iaitu alam barzakh. Filem ni dulu bertajuk “Lebuhraya ke Neraka” namun dek kerana nama tajuk tu kasar sangat, Mamat Khalid tukar kepada Rentaz.

Mamat kata filem ni agak lain dari lain kerana  ia mengisahkan tentang peristiwa di mana manusia bertembung dengan syaitan di saat kematian mereka. Syaitan akan tetap sedaya upaya menggoda manusia hingga saat hujung nyawa.


Shah Jaszle mengaku ada hubungan cinta dengan Miera Liyana

Biodata Dazrin Kamarudin pelakon baru yang tengah hot

Sikit sinopsis dan jalan cerita, filem Rentaz mengisahkan sekumpulan anak anak muda yang sukakan motor berkuasa tinggi(big bikers) dan suka mengembara merentas desa. Nama kumpulan mereka ialah Rentaz. Rentaz dalam satu konvoi ke Betong Siam, kemudian terlibat dalam satu pengembaraan yang membawa mereka alam lain atau alam barzakh atau halusinasi dalam alam koma.


Filem ni bakal memberi banyak pengajaran kepada penonton kerana ada undur taubat dan keinsafan diri selain unsur unsur seram, takut dan gerun di dalamnya.

Untuk pembikinan filem Rentaz, pengarah Mamat Khalid turut berjumpa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria  sebagai rujukan.

Skrip filem ini mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan di mana pengakhiran filem ini cukup indah. Filem yang baru saja tamat penggambaran Jumaat lalu ini menelan kos sebanyak RM1.2 juta



Mamat Khalid guna teknik CGI dalam Rentaz

Pengarah menggunakan 20% untuk teknik CGI iaitu babak dua ekor anjing dari neraka yang dibawa syaitan dan juga ular dari neraka yang melilit Miera Liyana.


Kekuatan filem ini ialah watak antagonis dan protagonisnya iaitu watak di mana manusia dan syaitan bertembung.


Komen Mamat Khalid tentang filem ini?

“Saya rasa ini merupakan filem pertama berbentuk Messiah di negara kita. Saya buat filem berbentuk sebegini bukan nak menyedarkan diri masyarakat tapi lebih ke arah untuk mereka merenung sejenak situasi apabila kita berhadapan dengan kematian dan berada di alam barzakh.

“Saya bukan ingin berkhutbah atau apa, tapi hanya saling mengingati antara satu sama lain. Saya sendiri bila membuat filem ini pun dapat rasa nikmat kesedaran itu. Bagi saya, jika seorang dapat berubah bila tengok filem ini nanti, kiranya filem ini sudah berjaya,”

Mesti tak sabar nak tengok filem pasal motor berkuasa tinggi ni, ada Awie, Shah Jazsle lagi..peminat motor besar mesti tak nak ketinggalan kan..pelakon Awie pulak memang sinonim dengan motor besar, Awie pun memang penunggang motor berkuasa tinggi.



Gambar gambar pelakon Rentaz

Awie dalam Rentaz

Shah Jaszle dan Miera Liyana

Pelakon remaja Miera Liyana turut sama berlakon dalam filem Rentaz ni, dia berlakon sebagai pasangan kekasih kepada Shah Jaszle.

Khir Rahman

Pelakon dan kru Rentaz

Gambar Shah Jaszle dimakeup  mungkin untuk filem Rentaz




Video Temubual Budiy bersama Shah Jaszle

p/s : Teringat dan terbayang pulak cerita omputih Wild Hogs tapi tu cerita komedi, lagi satu filem Ghost Rider cite fantasi dengan motor kuasa tinggi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Filem Rentaz (kisah motor besar)”

  1. [...] Mereka bergandingan dalam filem RENTAZ arahan Mamat Khalid. Bak kata Mamat Khalid lakonan mereka nampak serasi dan semula jadi. Betul le tu depa dua ni memang tengah bercinta sakan le.. baca sini kisah filem RENTAz [...]

  2. It looks an amazing story to keep in mind the future of the movie as in the world….

  3. zik says:

    erm semoga berjaya buat mamat khalid….pelakon2 yang menjayakannya pun semua boleh tahan… khir rahman tuh
    zik recently posted..Sajak: kota kemerdekaan yang dibina

  4. titan says:

    emm..cerita pasal motor besar la pulakk..
    titan recently posted..Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com

  5. APAN says:

    lom de tralier lagi ni kan?kalau de bawak masuk la nanati :)
    APAN recently posted..Apabila Exchange Ratio Apesal Mencecah 300%

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold