Eira Syazira dan Azad Jasmin Nikah 16 September

Pelakon Eira Syazira dan Azad Jasmin nampaknya mengikut jejak langkah Faezah Elai dan Heykal Hanafiah yang turut sama melangsungkan pernikahan pada bulan September jugak (9 Sept ni). Macam dirancang- rancang je kan. Bukan apa dulu Faezah Elai ni bekas kekasih Azad Jasmin. Azad dan Eira bakal melangsungkan perkahwinan pada 16 September ni.

Bagi Azad, tarikh dalam bulan September adalah ditentukan oleh pihak keluarga masing masing, tidak ada kena mengena dengan Faezah Elai atau pun nak balas dendam. Ada ke balas dendam..pi nikah bulan yang sama..heheh!! macam2 le dunia gossip artis ni..

Masih ingat lagi dulu masuk Melodi, Azad Jasmin dituduh menyebarkan gosip hubungan Faezah Elai dengan pengarah Asmara, Heykal Hanafiah. Faezah dan Azad jugak dikatakan pernah bercinta, namun Azad menafikan yang dia bercinta dengan Fezah sebab dia dah ada Eira Syazira..huhu!! Isu ini berlarutan hingga naik mahkamah dan kes ni belum lagi selesai.

Azad diminta memberi komen berkenaan kes itu, namun Azad enggan mengulas lanjut kerana peguamnya tidak membenarkan dia memberi apa apa komen, semua diserahkan kepada peguam.

Azad tak akan menjemput Faezah Elai ke majlis pernikahannya

Azad memang tak akan menjemput Faezah Elai ke majlis nikahnya, kerana masih kecewa dengan kontroversi yang berlaku antara mereka berdua walaupun dulu mereka pernah jadi “teman tapi mesra” , dari satu negeri pulak tu kan..

“Saya tidak akan menjemput dia atau sesiapa sahaja daripada keluarganya kerana masih kecewa dengan kontroversi yang melanda. Lagipun saya tidak nampak apa keperluan saya dan Eira untuk menjemput dia ke majlis perkahwinan kami,”

Rasanya Faezah Elai pun tak akan menjemput Azad Jasmin jugak kot…hehe!!

Media pun pandai tanya soalan maut gitu..haha!! memang konpem le dia tak jemput..ape laa..

Kisah Azad dan Eira Syazira bercinta:

Aza mengenali Eira selama 3 tahun lalu, dia memang nak jadikan Eira sebagai isteri tetapi faktor kewangan menyebabkan dia menangguhkan perkahwinan.

Memantopkan lagi ekonomi dulu, baru leh kawin dan buat kenduri kan..nak buat kenduri kena ada duit cukup dah le artis pulak..

Majlis Perkahwinan Azad dan Eira sebelah lelaki bertemakan Bollywood dengan tajaan dari Jalinan Kasih.

Majlis Resepsi perkahwinan Azad dan Eira Syazira mungkin akan diadakan pada 19 November 2011 di Kuala Lumpur dan 26 Nov di sebelah pihak lelaki.

Mereka akan berbulan madu di Turki dan Indonesia atas tajaan daripada Foto Travel Agency selepas pernikahan.

p/s : Danny X Factor pun nikah 16 September jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Eira Syazira dan Azad Jasmin Nikah 16 September”

  1. kakilepak says:

    waaa..suma pn nk kawin..haha..snggah blog sy jg ya..cooll….

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold