Daftar My Distress Aplikasi Isyarat Jenayah Telefon Pintar

Apa My Distress ni? My Distress ialah aplikasi isyarat jenayah disediakan dalam Telefon Pintar, ia membolehkan orang ramai menggunakan isyarat jenayah ni apabila ditimpa kecemasan atau mengancam nyawa. Aplikasi ini ialah projek perintis yang dilancarkan pada Mac tahun 2011 untuk menilai kelemahan dan memperbaiki sistem ini. Berapa bayaran dikenakan untuk aplikasi ini?  Buat masa sekarang My Distress adalah percuma. Mungkin tahun depan akan dikenakan caj RM1.

Setakat ini seramai 23,000 sudah mendaftar dengan My Distress. Orang ramai boleh menekan icon di telefon pintar untuk mendapatkan bantuan secepat mungkin dari pihak polis. Isyarat itu dihantar terus ke Bilik Gerakan di ibu pejabat polis Selangor dan lapan balai polis daerah di negeri itu yang dikesan sebagai hotspot jenayah. Kebanyakan pengguna di sekitar Selangor sudah ramai mendaftar.

Sebagai permulaan, isyarat akan pergi ke ibu pejabat polis Selangor dan lapan hotspot jenayah berikut:

Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Gombak, Kajang, Klang, Serdang dan Ampang Jaya.

Kawasan kawasan ini mempunyai kadar jenayah yang sangat tinggi dan sebanyak 50 buah kereta peronda polis dilengkapi GPS disediakan untuk meronda.

My Distress’ dilengkapi dengan Sistem Pengesanan Global (GPS) akan membantu polis mengesan individu yang menghantar isyarat ke lokasi berkenaan.

Cara nak daftar My Distress

Pengguna smartphone/ telefon pintar boleh mendaftar di http://mydisteress.net.  Anda hanya perlu ke laman web tu dan ikut beberapa arahan mudah dan muat turun aplikasi ke telefon pintar anda.

Jangan salah guna aplikasi ini. Sekarang ramai yang cuba menggunakan aplikasi ini sebagai ujikaji keberkesanannya, atau salahguna perkhidmatan ini hingga menimbulkan kesukaran pada pihak polis.

Jangan, diulang JANGAN menggunakan hanya kes kes kecemasan kecil contoh anda mengalami tayar pancit atau kehabisan minyak.

Contoh situsai: Seorang pemandu yang merasakan diri dia diekori oleh perompak atau penajahat, boleh menekan butang ikon My Distress dan tinggalkan telefon dalam kereta/ kenderannya. Pihak polis akan mengesan di mana kereta itu berada dan menjejaki penjenayah.

Guna apabila perlu atau nyawa terancam sahaja. Pihak polis tidak mendakwa lagi pihak yang salah guna servis ini memandangkan ia masih baru dan ramai orang kurang faham. Dinasihatkan anda pergi ke alamat tadi untuk maklumat lanjut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

14 Responses to “Daftar My Distress Aplikasi Isyarat Jenayah Telefon Pintar”

  1. W.R says:

    menarik boleh cuba ni mana tahu ada kperluan utk guna…..:)
    tapi adakah app ni menggunakan capaian wireless ?

  2. muse says:

    satu aplikasi yang berguna ni…nak daftar jugak…

  3. Pacifista says:

    harap dengan adanya aplikasi ni kurang la sikit jenayah kat malaysia ni…
    Pacifista recently posted..Contest: Review Alexa @ Pacifista.my

  4. Renu says:

    This is indeed a very useful & it will make those who have subscribed to this application more safer especially women. Thanks PDRM for the effort.

  5. alison says:

    Pretty good post. I just stumbled upon your blog and wanted to say that I have really enjoyed reading your blog posts. Any way I’ll be subscribing to your feed and I hope you post again soon.

  6. These signals are very useful in the transfer of the data or information to provide for the others. also many other are required for it.

  7. zik says:

    penting.. tuh memang penting.. cuma jangan salah guna… talian 999 pun ramai orang salah guna.. budak2 main…
    zik recently posted..Sajak: kota kemerdekaan yang dibina

  8. bagus ni.. kelemahan awal2 ni mungkin boleh diabaikan & boleh depa improve lagi. sekurang-kurangnya kita ada sesuatu yg boleh bantu kita dptkan bantuan polis dgn segera.
    Liza @ Adzriel AB recently posted..I’d love you to want me

  9. Haznun says:

    mmmmmmmmmmm kat Pahang x de lg ke sistem ni….?

  10. Mekar says:

    salam.
    Harap jgn la ada org yg suka ambik kesempatan
    Mekar recently posted..Jus Roselle Buat Sendiri… Arrh…Nikmatnyaaa…

  11. macamnilah says:

    jom terjah ke blog saya,
    ada pelbagai aneka info2 terkini yg ado,
    tajuk hangat hari ini,
    proton serah 8 kereta elektrik kpd kerajaan + gambar2 saga ev & exora reev,
    sony lancar playstation vita,
    hantu bonceng cecah kutipan rm8 juta,
    kenyataan jakim berkenaan penyebaran sms palsu ttg biskut Munchys,
    dan pelbagai info2 terkini dalam dan luar negara, jom ramai2 terjah ke blog saya.

  12. wazy says:

    satu info yang menarik ni
    ramai yang belum tahu applikasi ni amat berguna untuk membanateras jenayah

  13. titan says:

    hoho..bagus. bagus..banyakkan benda-benda macam ini kat smartphone nih..
    titan recently posted..Aku sudah pulang.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold