Cukai Kad Pra Bayar 6 Peratus Membebankan

Kerajaan tak pernah meluluskan sebarang CUKAI Perkhidmatan untuk kad pra bayar, pihak telco yang telah membuat keputusan sendiri.

PM meminta dikaji semula keputusan syarikat telekomunikasi yang mengenakan cukai sebanyak 6% ke atas kad pra bayar tambah nilai (top up) dan pek permulaan. Ini akan membebankan pengguna.

PM Najib berkata kenaikan cukai perkhidmatan itu adalah tidak patut setelah mengambil kira maklum balas dari pengguna. Menurut perdana menteri, sekarang beban rakyat bertambah setelah kenaikan harga barang dan cukai astro pun turut sama mengalami kenaikan.


PM Najib:

“Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas dari orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.

“Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat.”

Caj sebanyak 6 % itu akan dikenankan ke atas kad pra bayar dan pek permulaan pada Khamis depan. Menurutnya cukai perkhidmatan bukan perkara baru, kerana sejak 1998  cukai tersebut telah diserap dlm syarikat telekomunikasi.

Langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.

Jadi dengan cukai perkhidmatan 6.0 peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan.


Hampir 26.2 juta pengguna pelan prabayar bakal dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus bagi menambah nilai bermula 15 September ini.


Jumlah itu adalah bilangan terkumpul pengguna pelan prabayar daripada tiga syarikat telekomunikasi iaitu Maxis Bhd., (Maxis), Celcom Axiata Bhd., (Celcom) dan DiGi Telecommunication Sdn. Bhd., (DiGi).





Caj Mengejut Kad Pra Bayar akan berkuatkuasa 15hb September 2011

Caj sebanyak 6 peratus ini akan membebankan pengguna terutama para remaja/ pelajar sekolah dan golongan berpendapatan rendah.

Kalau nak naikkan cukai sepatutnya syarikat telekomunikasi ni buat dulu pembaikan dalam sistem mereka, kadang ada gangguan line tak clear, kadang kadang tak dapat langsung. Mana adil nak naikkan cukai tapi perkhidmatan buruk sangat.

Syarikat telco jangan nak kejar untuk semata mata, fikirkan lah jugak masalah pengguna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold