Budak 2 Tahun Diperkosa di Rumah Pengasuh

Petikan berita dari harian metro ni memang mengejutkan, budak berumur 2 tahun diperkosa di rumah pengasuh. Budak tu mengadu kepada ibunya yang dia berasa sakit di bahagian kemaluan apabila dia pulang ke rumah, di Kota Damansara kelmarin.

Kira kira 7 malam, ibu mangsa pulang dari tempat kerja dan menjemput anaknya dari rumah pengasuh seperti biasa. Apabila sampai di rumah anak kecil itu menangis dan mengadu sakit di kemaluan, apabila diperiksa ada bengkak dan luka di bahagian tersebut.

“Ibu mangsa membawa anaknya itu ke pusat kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.

“Wanita itu terperanjat apabila doktor mengesahkan terdapat kesan kecederaan pada kemaluan anaknya akibat tusukan objek keras,”

ibu mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan awal mendapati semua penghuni di rumah pengasuh terbabit adalah wanita, namun tidak menolak kemungkinan suspek adalah orang dikenali mangsa.

sumber- myMetro

Kesian kat budak ni yang tak tau apa-apa, ini lah yang dikatakan harap kan pagar pagar makan padi..diharapkan orang yang kejam tu ditahan dan dikenakan hukuman setimpal, nanti anak orang lain pulak jadi mangsa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Budak 2 Tahun Diperkosa di Rumah Pengasuh”

  1. APAN says:

    uish….kalau semua pompuan yg jaga tuh…sape punya keje lak ni…
    APAN recently posted..Serigala Termasuk Dalam Najis Mughallazah

  2. dhinai says:

    Zaman sekarang ni nak percaya susah,tak nak percaya pun sendiri yang susah.Susah kalau nafsu menguasai akal fikiran.

  3. titan says:

    apsal sampai jadi macam ni..aduhh..risau dah nak hantar kat tadika dan rumah pengasuh kalau ada anak nanti..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold