Fir AF9 atau nama penuh Firdaus Affandi pernah memasuki Af untuk senarai pelajar yang layak diundi masuk, namun Fir tidak bernasib baik kerana Hazama menjadi pilihan pengundi af masa tu. Fir kiniĀ dikenali sebagai pelakon. Fir pernah menjadi model di negeri asalnya Sarawak.
Siapa pernah tengok drama Cer citer cinta di Astro, dia jadi pelajar yang menyertai kem perkhemahan di Perlis yang berlakon bersama Shahir AF, dan Rozita Che Wan? Fir jugak berlakon dalam drama Geisha Mekayu Terakhir, dalam tu dia menjadi tentera Jepun yang jatuh cinta dengan Scha al Yahya. Memang berbakat le, nampak macam muka Jepun sebijik, cara cakap pun dah macam jepun cakap..hehe!!
Sikit Bioadata Fir Af
Nama penuh : Firdaus Affandi
Lahir : 26 September 1989
Umur : 22 tahun
Fir sudah berpunya, gadis pilihan hatinya bernama Lydia Halim
Drama lakonan Fir: Cerciter cinta, Diari Kakak Senior, Geisha Melayu Terakhir dan Pontianak Beraya di Kampung Batu.
Kerjaya Fir dalam bidang lakonan lebih berjaya dari nyanyian
Fir malu apabila dirinya dikenali dengan nama Fir af9, kerana baginya dia bukanlah pelajar AF9. Dia berasa malu terutama apabila mengimbau saat saat semasa dia menangis apabila diumumkan tersingkir dari AF. Memang nampak Fir masa tu nangis sungguh sungguh..hhehehe!! nampak macam Fir ni kecewa sesangat sangat lah kerana tak dapat masuk AF..ish!! mamat ni chegeng jugak ye hehe( dalam hati le kata gitu).
Lepas tu Fir laku apabila mula dipanggil berlakon oleh Zeel Production dalam Cerciter Cinta, dan dia sungguh teruja berlakon bersama Rozita Che Wan. Fir sekarang menetap di KL kerana mahu mengembangkan kerjaya di bidang seni.
Fir Affandi ambil berat terhadap kesihatan.
Muka Fir Affandi memang nampak cute dan bersih, rupanya Fir memang menjaga kulit wajah kerana katanya kulit dia bermasalah dan sensitif. Semasa Fir jadi model di Sarawak, kulitnya kerap bermasalah kerana menggunakan alat solek. Fir kini sudah berpunya, gadis berasal dari Kuching itu bernama Lydia. Fir tak nak cerita hal peribadi kerana lebih mahu menumpukan pada kerjaya seni.
Gambar gambar hot Fir AF9
Fir Affandi masa berlakon jadi tentera Jepun dalam Geisha Melayu Terakhir, Fir berebut Scha dari Dazrin Kamarudin(pelakon baru) yg boleh tahan hot jugak cam Fir





yang ni Fir Affandi memang hottt dan seksi gitu..haha!!

Ini kekasih/gadis pilihan hati Fir affandi, Lydia.

Teringat Fir yang berjaket biru atas pentas AF ( macam pelik Fir menari atas tu..huhu)

Model Alffio Raldo

Fir jadi Zack yang berlakon sebagai Mat Rempit dalam drama Pontianak Beraya di Kampung Batu( astro). Zack yang mencabut paku pada tengkuk Riana.
Memang berbakat kan Fir ni jadi budak samseng dan nakal dalam drama tu.


Video Fir buat persembahan di AF 9
September 14th, 2011
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

lorrr….budak af ker dia nih..
mlm td ada nengok dia belakon..
cita “berselindung di sebalik kaabah”
astro prima klu x silap..
betul tu lupa nak tulis drama tu, dia jadi gila sebab nak kat zarina
Fir jugak jadi watak Zack dalam cerita Pontianak beraya di Kampung Batu
Tak kenal lah tidak mengikuti perkembangan AF9 yang terakhir.
akubiomed recently posted..Amitabh Bachchan tidak mahu terima bayaran