Bekas Kekasih Mamat Sepah Buat Tuduhan Melampau

Mamat Sepah yang kini hangat bercinta dengan pelakon Fida Ibrahim membalas tuduhan bekas kekasihnya Adda, penyanyi kumpulan Butterfly, selepas Adda menuduh Mamat yang memutuskan hubungan cinta mereka. Adda menuduh Mamat memutuskan hubungan mereka tanpa ada alasan kukuh.

Adda atau Syuhada ni ialah adik kepada guitaris Kristal Rodi, menuntut di ASWARA.

bekas kekasih Mamat sepah, Adda

Tudiaa..boleh tahan gak Mamat ni ek, jejaka yang mendapat rebutan wanita hehehe!! Antara ketiga -tiga anggota Sepah ( sudah jadi bekas kumpulan Sepah) Mamat ni sekarang banyak dilanda gosip.

Mamat berani menjujung Al quran dan bersumpah bahawa kenyataan yang dibuat oleh vokalis kumpulan Butterfly itu adalah tidak benar.

“Saya mengaku meninggalkan dia dalam keadaan yang dia sangat sayangkan saya dan begitu juga saya terhadapnya. Namun ada perkara lain yang saya tidak boleh terima dalam hubungan itu sehingga membuatkan saya mengambil keputusan memutuskan hubungan.

“Biarlah saya dan dia sahaja yang mengetahui perkara tersebut kerana jika saya buka mulut ia tidak beri faedah kepada sesiapa pun, malah memburukkan lagi keadaan,”

Adda tuduh Mamat punca Kumpulan Sepah berpecah

Adda mendakwa Mamat sebagai individu yang menjadi punca perpecahan kumpulan Sepah.

Bagaimanapun, Mamat akui dia sedar perkara sebegini akan berlaku dan menasihatkan Adda agar tidak membesarkan lagi perkara ini.

“Saya tahu kekecohan ini terjadi disebabkan tindakannya yang mahu memperbesarkan perkara itu. Dia pernah beritahu saya tentang hajat berkenaan tetapi saya sudah mengingatkannya supaya tidak meludah ke langit, takut terkena muka sendiri.

“Tentang cincin yang saya telah berikan, memang saya minta semula daripadanya kerana itu adalah tanda ikatan sebuah hubungan, namun saya terus buang kerana tidak sanggup mengenangnya lagi,” katanya kesal.

Dalam pada itu, mengenai perpecahan kumpulan Sepah yang dikatakan berpunca daripadanya, Mamat berkata keputusan berkenaan adalah persetujuan daripada ketiga-tiga pihak.

“Perkara itu sudah dijelaskan dan keputusan itu adalah daripada kami bertiga buka kerana saya seorang,” tuturnya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas reaksi kekasih barunya iaitu pelakon Fida, Mamat berkata, pelakon Kasih Alia itu seorang yang profesional dan berfikiran terbuka.

“Fida menyuruh agar saya tidak melatah kerana ini adalah asam garam kehidupan sebagai artis dan dia sangat memahami situasi saya sekarang.”

Jadi artis memang camtu, hehe takda gosip kalau takda artis..

Gambar bekas kekasih Mamat Sepah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold