Banjir di Perlis 300 Mangsa Terlibat

Hujan berturut turut dan agak lebat 2,3 hari ini, dan banjir sudah melanda di Perlis. Keadaan bertambah buruk, kira kira 300 mangsa dipindahkan dari 90 buah kampung berbanding semalam hanya 100 orang.

Ini agak merisaukan jugak bagi penduduk di negeri Kedah, dulu banjir selalu berlaku di Perlis sebelum melanda di Kedah. Fobia terhadap banjr paling buruk tahun 2010  masih dalam ingatan lagi.

Berita lanjut:

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Perlis berkata mereka ditempatkan di 10 pusat pemindahan banjir iaitu lima di kawasan Padang Besar, tiga di Kangar dan dua di Arau.

Sementara itu, dua sekolah ditutup hari ini akibat banjir iaitu Sekolah Kebangsaan Padang Melangit dan Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah. Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Nishad Mohamed, berkata hujan lebat luar biasa menyebabkan banjir sejak semalam.

Beliau berkata masalah banjir di Perlis yang kerap berlaku boleh dikawal jika infrastruktur empangan Timah Tasoh ditingkatkan selain mewujudkan lencongan Barat dan Timur bagi mengalirkan air ke laut.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pula dijadualkan meninjau kawasan yang dilandar banjir hari ini serta bertemu mangsa-mangsa yang berada di pusat-pusat pemindahan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Banjir di Perlis 300 Mangsa Terlibat”

  1. [...] 300 mangsa terlibat sudah dipindahkan [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold