Artis ‘Celepets” Pun Kutuk Petknode

Celepets mengutuk kekejaman Petknode pemilik hotel haiwanyang melakukan kekejaman terhadap beratus ratus kucing hingga ada yang mati. Celepets bukan nama kumpulan baru atau artis luar negara, mereka ialah artis wanita Malaysia yang semuanya 7 orang terdiri daripada Atilia, Serena Choong, Yasmin Hani, Sazzy Falak, Dynas, Daphne Iking dan Aishah Sinclair.

Dalam gambar Ning Baizura pun ada ni..

Komen penyanyi Atilia:

“Saya rasa sangat sedih dan marah selepas mendapat tahu tentang kucing-kucing yang dihantar ke pusat penjagaan itu telah diseksa dengan tidak diberi makan sehingga ada yang mati.

Saya memahami perasaan pemilik-pemilik haiwan yang meninggalkan binatang kesayangan mereka di pusat jagaan tersebut.”

Bagi Aishah Sinclair perkara tersebut perlu menjadi iktibar kepada masyarakat tentang penderaan haiwan yang semakin menjadi-jadi.

“Saya kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pemilik pusat jagaan haiwan tersebut. Dia seharusnya menjaga amanah yang telah diberikan untuk menjaga kucing-kucing tersebut dan bukannya melakukan kekejaman begitu,”

Komen pelakon Yasmin Hani

“Ini merupakan kejadian paling besar yang terjadi dan saya harap dengan kejadian ini kerajaan ambil tindakan undang-undang yang setimpal dengan kekejaman mereka.

“Mereka yang mendera haiwan sepatutnya dikenakan hukuman yang setimpal kerana haiwan merupakan binatang yang bernyawa,”

Nak menjaga kucing atau haiwan peliharaan mesti ada kemampuan dan minat kesungguhan, bukan sebab kewangan, mesti jugak ada kemahiran, nanti akan jadi masalah kepada haiwan tersebut, kalau tak mampu jangan buat nanti tanggung dosa free je.

Memang sesiapa pun tak dapat menerima kekejaman yang dilakukan ke atas haiwan haiwan yang tak berdosa tu, diharapkan ada hukuman setimpal yang boleh menyedarkan mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Artis ‘Celepets” Pun Kutuk Petknode”

  1. macamnilah says:

    celepets ?,. keh keh keh keh,.
    jom terjah ke blog sy ade pelbagai aneka info2 terkini lagi sengsasi,
    tajuk hot utk hari ini,
    video cctv kedai mamak dirompak di shah alam,
    safee sali sah ke cardiff city utk percubaan,
    vaksin denggi ditemui,
    dan pelbagai info2 terkini yg wajib rakyat malaysia baca utk info anda semua,

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold