Anak Pelakon Safura Meninggal

Takziah buat pelakon Safura dan Sharonizam di atas kematian anak perempuan mereka yang bernama Nur Aisyah Mariam, 3 tahun. Mariam adalah anak sulung hasil perkahwinan Safura dan pelakon Sharonizam. Mereka sempat menyambut hari jadi Mariam pada 23 Ogos lalu iaitu beza sehari dari tarikh lahir Sharonizam.

Mariam telah meninggal dunia akibat demam berpanjangan pada Isnin lalu di Hospital Ampang Puteri dekat sini kira-kira pukul 9 malam. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang, Selasa lalu.

Safura kini sedang mengandung lima bulan ingin menamakan bayi yang bakal lahir itu sama dengan nama Allahrayham jika ia adalah bayi perempuan.

Safura, penyanyi dan pelakon

Selain Mariam dan Firdaus, Safura turut mempunyai dua orang anak iaitu Nurul Natasha, 17 dan Muhammad Daniel Khaqim, 11, hasil daripada perkahwinannya sebelum ini.

Cerita Safura

“Sekarang ini, saya tak tahu bagaimana mahu membiasakan diri tanpa Mariam. Jika sebelum ini, dia selalu meminta saya masak pelbagai jenis makanan dan antara kegemarannya ialah spageti dan minuman Vitagen.

“Malah kami sempat menyambut hari jadinya yang beza sehari dengan tarikh lahir suami pada 23 Ogos lalu. Awal-awal lagi dia pesan mahu kek berwarna merah jambu. Alhamdulillah, setakat ini, semua permintaannya kami dapat tunaikan,”

“Selepas jenazah disembahyangkan di rumah, saya sempat berbisik pada jenazah Mariam akan menggunakan namanya untuk anak yang bakal lahir ini,”

Sharonizam terima takdir

“Malah sebelum pemergian Mariam, saya menjaganya sehinggakan kepala saya pening disebabkan tak cukup tidur. Lebih-lebih lagi apabila dia mula gelisah kerana badan kurang selesa, ada sahaja permintaannya yang sekejap ingin tidur dalam buaian, kemudian, mahu tidur di bilik pula. Apa-apa pun, saya terima ujian takdir ini,”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold