Abby Sediakan Baju Anak-anak Untuk Majlis Nikah Norman

Norman mengucapkan terima kasih untuk Abby yang jugak bekas isterinya kerana sanggup menyediakan baju buat 2 orang anak-anaknya untuk dipakai ke majlis nikah dia dan Memey. Anak anaknya Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6 tahun memakai baju berwarna merah jambu hadir mengiringi bapa mereka untuk majlis akad nikah petang semalam. Manakala seorang lagi anak Norman dan Abby iaitu Maria Danisha Hakim 3 tahun bersama Abby.

Komen Norman:

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Abby kerana dia yang sediakan pakaian untuk anak-anak untuk dipakai pada majlis pernikahan hari ini. Pada mulanya, saya pun tidak terfikir untuk bawa anak-anak pada majlis nikah ini. Ingatkan, biarlah mereka datang kemudian untuk majlis resepsi sahaja. Tapi, Abby yang cadangkan saya bawa mereka. Malah, dia juga yang sediakan baju yang mereka pakai tadi,”

Norman mengakui hubungannya dengan Abby Abadi semakin baik dan mereka sudah melupakan perkara yang lepas.

“Saya lihat hubungan saya dan Abby sekarang ini sudah semakin baik. Peredaran waktu membuatkan masing-masing boleh menerima apa yang berlaku. Walaupun kini saya telah menjadi suami kepada Memey, tetapi ini tidak bermakna Abby tidak boleh menghubungi saya lagi. Saya juga tidak kisah jika Abby mahu berkongsi masalah dengan saya. Memang kami telah berpisah, tetapi kami ada hubungan sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak,”

Ambil yang jernih buang yang keruh..kita tunggu pulak Abby dengan Zul naik pelamin :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Abby Sediakan Baju Anak-anak Untuk Majlis Nikah Norman”

  1. eva says:

    bgslah norman dgn abby makin baik..xper.. tggu abby lagi hehe

  2. Abby..
    tabahnya dirimu.. :’)

  3. juanita says:

    alamakkksss…sayu nye..
    harap2 mereka kembali bersatu ekkk

  4. WR says:

    dah anaknya hihihi…:)
    tp kir aok laa ada juga yang lansung tak ambil pedulikan..:)

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold