Tv3 : Laporan Gangguan Seksual tidak tepat

Rabu lalu TV Selangor melaporkan 4 wartawan dan seorang pembaca berita tv3 telah mendakwa digangu secara seksual oleh seorang editor kanan stesen tu. Editor itu dibenarkan bertugas seperti biasa, namun salah seorang dari kakitangan tv3 tak mahu lagi bertugas di stesen tu dan mintak dipindah ke Ntv7.

Media Prima adalah syarikat yang memiliki TV3, NTV7, TV9 dan TV8 selain memegang kepentingan dalam stesen radio serta Kumpulan New Straits Times.

Berita lanjut:

Menurut TV Selangor, empat orang yang mendakwa diri mereka mangsa ganggual seksual itu tampil baru- baru ini memberi kenyataan kepada pihak pengurusan.

Antara lain, mereka mengemukakan mesej sistem pesanan ringkas (SMS) berunsur lucah yang dihantar oleh editor berkenaan sebagai menyokong dakwaan gangguan seksual yang dialami mereka sejak beberapa bulan itu.

Menurut sumber berkenaan lagi yang dipetik oleh TV Selangor, editor tersebut menggunakan pangkat dan jawatannya untuk “menggoda” mereka secara licik.

Bagaimanapun ketika dihubungi, Pengurus Besar, Pperhubungan Korporat Kumpulan Media Prima, Mastura Adnan menafikan sebarang siasatan berhubung perkara itu.

“Ini kali pertama saya mendengar mengenainya, ini amat melucukan dan langsung tidak berasas,” katanya.

Jadi laporan pasal kena gangguan tu tak ada ke tidak tepat? masih keliru ler..laporan palsu kot? Siapa yang palsu ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Tv3 : Laporan Gangguan Seksual tidak tepat”

  1. Betul atau tidak, pihak2 yg terlibat sahaja yg tahu. Tapi sexual harassment mmg kerap berlaku zaman nie walaupun kurang dilapurkan. Ini kerana yg selalu buat keje tak senonoh ni boss-boss tua yg gatal dan kureng layanan bini kot???? Samada di gomen, glc atau private sector mmg berlaku dan makin lama makin teruk. Nasihat kawe pada org2 perempuan yg berkerja, sediakan tape recorder dan paper spray bila ke pejabat. Mana tahu anda jadi mangsa seterusnya.
    Btw, selamat hari raya maaf zahir dan batin. sori bab terkasar bahasa dan terOver emotional komen… :D

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold