Tengku Azura Supermodel Kini Berlakon Pula

Tengku Azura supermodel yang kini mengembangkan bakat dalam duni lakonan pulak. Azura berlakon dalam filem Bunohan bersama pelakon lain seperti Faizal Hussein dan Zahiril Adzim. Kalau nak tau pasal kisah menarik dalam Bunohan dan sinopsis boleh baca dalam artikel saya yang lepas. Dalam filem tu dia membawa watak sebagai Mek Yah wanita berasal dari  Terengganu. Sememangnya Azura berasal dari Terenganu. Azura kata dia tidak ada masalah dalam menghayati watak, kerana pengarah dan tenaga kerja Bunohan banyak membantunya. Namun begitu Azura tidak bercadang untuk berlakon secara serius lagi selepas ini. Dia bergantung kepada keizinan ibunya sama ada ibunya membenarkan dia berlakon atau tidak. Dunia peragaan menjadi minat Azura sejak berusia 20 tahun.  Penampilan Azura sentiasa ringkas dan bersahaja, Azura hanya bersolek ringkas dan nipis jika di luar.  Nampak wajahnya seperti sombong, rupanya dia sentiasa mesra dan selalu melayan peminat di twitter dan facebook jika ada kelapangan.

supermodel Tengku Azura

Azura atau nama penuhnya Tengku Azura Tengku Awang berusia 36 tahun, dia aktif dalam bidang modeling dan peragaan fesyen. Azura pernah menjadi model untuk Cristian Dior di kota Paris.  Azura minat bidang muzik dan berbakat menjadi DJ dikelab. Muzik dan peragaan memang tidak dpat dipisahkan.  Bidang peragaan pun memerlukan model membawa watak atau karektor jadi bidang modeling dan lakonan tak jauh berbeza.

Azura ibu kepada 2 orang anak, Adam Mustaqim, 16, dan Ilyas Ammar, 9 tahun.


Azura sentiasa menghabiskan masa bersama anak anaknya jika tidak terlibat dalam apa show. Dia akan cuba memastikan kerja sekolah dua orang anaknya siap sebelum mereka masuk tidur.  Azura selalu mengikuti aktiviti berbasikal bersama kumpulan basikalnya pada malam hari. Ini bagi mengekalkan stamina dan sebagai menjaga kesihatan badan. Dia mengakui kecantikan tu datang dari dalam dan sangat penting daripada kecantikan luaran. Tak heran le badan Azura memang lawa dan kulitnya cantik. :) Tak sabar rasanya nak tengok lakonan Tengku Azura dalam Bunohan.

Biodata Azura
Nama Penuh: Tengku Azura Tengku Awang
panggilan: Tengku Zura atau Azura.
Asal: Terengganu dibesarkan di Kuala Lumpur.
Tarikh lahir : 9 Disember 1975
Umur 36 tahun
Tinggi : 173 cm

Kerjaya : Model dan pelakon, memasuki bidang model pada tahun 1993, juga pernah berlakon dalam beberapa iklan. Menjadi model untuk beberapa majalah.

Hobi : suka muzik, melancong dan membaca.

Makanan kegemaran : ikan bilis dan asam pedas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Tengku Azura Supermodel Kini Berlakon Pula”

  1. akubiomed says:

    Raja Azura satu kelas dengan saya ketika sekolah rendah Taman Keramat. Saya masih ingat lagi apabila cikgu kelas tanya apabila besar hendak jadi apa? dia kata mahu jadi model. Masa sekolah dulu dia berbadan kurus dan tidak sangka dia merealisasikan impiannya.
    akubiomed recently posted..Salam Aidilfitri kepada sahabat blogger

  2. nuriz says:

    oo ye ke.. bro biomed satu kelas dgn model azura, memang cita2 dia ye nak jd model :)memang jd kenyataan

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold