Sinopsis Tanda Putera (dedah di sebalik 13 Mei)

Filem arahan Shuhaimi Baba ini yang bertajuk Tanda Putera bertemakan kenegaraan selepas beliau mengarahkan drama Hati Malaya 1957. Filem Tanda Putera ialah usahasama FINAS dan Pesona Pictures. Pengambaran dilakukan di sekitar Memorial Tun Abdul Raza, Kg Baru, Sg. Buloh, Hulu Kelang, UiTM Jalan Othman, Universiti Malaya, Makam Pahlawan dan perkampungan Felda Lui di Bahau. Setakat ini sudah 95 % pengambaran sudah siap dan kru filem akan berlepas ke London. Para pelakon dalam filem ini ialah Rusdi Ramli sebagai Tun Razak, Zizan Nin sebagai Tun Dr. Ismail Abd Rahman, Faezah Elai Tun Hajah Rahah dan Linda Hashim sebagai Toh Puan Norasyikin (Neno).


Pelakon pembantu ialah Kamarulzaman Taib (Tunku Abdul Rahman), Norman Hakim (IGP Hanif Omar), Sahee Shamsuddin (Najib Tun Razak), Razif Hashim (Johari Tun Razak), Ismaizal Yusoof )Tawfik Tun Ismail), Ali Steven Shorthose (Dr.MacPherson), Kavita Sidhu (Kara), Riezman Khuzaimi (Sarjan Aman), Kuza (Maimon), Zaefrul Nordin (Koperal Musa), Ika Nabella (Zahrah), Zoey Rahman (Johan), Ahya U (Zaman) dan Alan Yun (Allen)

Hasnul Rahmat (Tun Hussien Onn), Ida Nerina (Jah Steno), Sharifah Shahira (Guru Besar), Fizz Fairuz (Tan Sri Arshad Ayub), Nazril Idrus (Dr.Mahathir Mohamad), Mohd Khir M.Noor (IGP Abdul Rahman Hashim), Ngasrizal Ngasri (Datuk Harun Idris), Chew Kin Wah (Tan), Douglas Lim (Leslie Cheah), Chelsia Ng (Catherine), Nas-T (Najib Rahman) dan Aidil (Datuk Senu).

sinopsis Tanda Putera

Tanda Putera mengisahkan Tun Abdul Razak Perdana Menteri Kedua bersahabat baik dengan timbalannya Tun Dr Ismail, mereka terpaksa merahsiakan tentang kesihatan masing masing kerana hendak memulihkan negara ekoran dari peristiwa 13 Mei yg berlaku pada 1969.

Tun Razak ketika itu menghidapi leukimia dan beliau merahsiakan tentang sakitnya dari pengetahuan keluarga dan sahabatnya, kerana dia tak mahu keluarganya bimbang dan tak mahu negara terancam. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr. Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr. Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr. Ismail sendiri

Mereka memiliki aura yang kuat. Kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar Kara, dan anak muda Zaman. Razak dan Ismail mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di insitusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.

Apabila mengetahui penyakitnya akan membawa maut dalam masa dua tahun, Tun Razak bersyukur yang rakan baiknya Tun Dr. Ismail, orang kepercayaannya dan seorang yang terkenal jujur dan berintegriti akan dapat meneruskan rancangan mereka bagi pembangunan negara. Razak juga yakin Ismail akan mengotakan janji untuk menjaga keluarganya nanti. Tetapi apabila terjadi perkara yang tidak disang-sangka, Tun Razak mendapat kejutan besar yang hampir memudaratkan lagi kesihatannya.

Tun Razak mengejar masa merancang pelbagai rancangan demi pembangunan danĀ  kestabilan negara. Beliau jugak meghadapi ancaman dari komunis. Namun perjuangan Razak berakhir di sebuah klinik di London ketika rakan-rakannya di Malaysia berusaha memenuhi permintaannya untuk berjumpa anak bongsunya Nazir buat kali terakhir dan rakyat mengejar masa untuk menyediakan klinik udara bagi membawanya pulang ke tanah air tercinta.

Norman Hakim dan Rusdi Ramli

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold