Sinopsis Raya Tak Jadi dan Trailer

Lawak le video trailer filem Raya Tak Jadi yang Jalaludin Hassan jadi penyimpan Mohor Besar Raja raja tu, tengah dia duk baca pengumuman sekali datang penculik..hehe. Nak saksikan lagi apa yang lawak dan menarik dalam filem Raya Tak Jadi jangan lupa tengok di pawagan pada 15hb Sept 2011 ni. kiranya dalam bulan Syawal le ni, masih lagi dalam mood raya le orang kata. Para pelakon dalam filem ni ialah Johan Raja Lawak, Saiful Apek, Wan Sharmila, Noreen Noor yang lama tak berlakon pun ada ye, dia jadi Hajah Nisah. Tengok gambar terbaru Noreen Noor semakin berisi le sekarang..hehe!!

Filem Raya Tak Jadi diarahkan oleh Prof Madya A. Razak Mohaideen terbitan Grand Brilliance

Raya Tak Jadi

Sinopsis

Leo seorang ahli perniagaan Kurma telah merancang untuk menculik Penyimpan Mohor Besar Raja raja, Hj Ehsan (lakonan Jalaludin Hassan). Dia merancang begitu sebab kontena kurmanya tidak sampai seperti yang diharapkan dan dia mengalami kerugian. Jadi Leo telah mengarahkan pekerjanya Ali dan Abu menculik Hj Ehsan. Mereka berjaya menculik Hj Ehsan tapi tertukar teksi dengan teksi Shuib (lakonan Apek saiful).

Shuib ada seorang adik namanya Bob (lakonan Johan raja lawak) mereka berdua telah terjumpa Hj Ehsan dalam boot teksi yang disangka mayat Hj Ehsan. Namun akhrnya mereka sedar Hj Ehsan tidak mati lagi.

Abu dan Ali kemudian berjaya menjejaki teksi Shuib dan mereka mula merancang dan menculik ibu dan adik Shuib. Leo meminta wang tebusan dari Hajah Nisah (lakonan Noreen Noor) sebelum melepaskan ibu dan adik Shuib. Polis berjaya memberkas Leo dan pekerjanya semasa mereka bertukar wang dan tebusan.

Bila hari raya tiba, Shuib dan ibu serta adik beradik rasa sedih sebab mereka ni orang kurang berada, persiapan raya pulak tetap sama macam tahun2 lepas, dan serba kekurangan. Namun sambutan raya kali ni bertukar jadi meriah apabila Hj Ehsan dan keluarga datang menziarahi mereka dan membawa pelbagai hadiah sebagai membalas jasa baik Shuib dan Bob yang telah berjaya menyelamatkan dia. Shuib dan Bob akhirnya menjadi pekerja Hj Ehsan. Tamatttt…

Video Jalaludin Hassan jadi Penyimpan Mohor Besar Raja raja (Pengumuman Raya Tak Jadi)

Video Trailer Raya Tak Jadi

Norren Noor dalam Raya Tak Jadi (ingatkan Adibah Noor )

Noreen Noor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Sinopsis Raya Tak Jadi dan Trailer”

  1. awien says:

    beshla!
    johan ada msti besh!

  2. akubiomed says:

    Masa inilah ramai penerbit mahu ambil slot Raya untuk menarik penonton ke panggung
    akubiomed recently posted..Rawatan rel keretapi elektrik

  3. titan says:

    haha..kena tengok nih. tak kira. tak kira.

  4. APAN says:

    xtau lak ade movie ni raya nanti…yg tau zizan ngan hantu bonceng tu je.huhu…
    pelakon da ok…tpi pegarah ni cam x boleh pakai je.haha…
    APAN recently posted..Tutorial Kutip Ketul Getah

  5. Juan says:

    pelakon johan kompem aku tgk citer nih, hehehe

  6. biaqbetoi says:

    saya kopipasta campoq gula sikit sinopsis di blog saya bersama kredit! terima kasih!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold